Kisah dari katak: "Aku fikir kamu menjerit bagi semangat"

توليسله اڤ يڠ كاو ليهت، چاتتله اڤ يڠ كاو فيكيركن، بيار مريك ايت تاهو بهاوا ملايو ايت بوكن سمواڽ بوليه دڤربودوهكن. كيت اومت ملايو بڠسا يڠ بردولت، اڬام اسلام منجاديكن كيت هيدوڤ برمرواه، برجواڠله ممباڠونكن بڠسا، منڬقكن اڬام دان ممڤرتاهنكن نڬارا. ايڠتله ڤسانكو اين، بيار ڤوتيه تولڠ، جاڠن ڤوتيه مات


Ibrah Dari Katak

Sekumpulan katak berkumpul mengelilingi sebuah perigi yang separuh siap.

Dua ekor katak terperangkap di dalam perigi itu akibat tidak berhati-hati ketika melompat. Mereka melihat sedalam mana perigi tersebut. Ternyata terlalu dalam. Pantas mereka sepakat, sudah tiada harapan.

"Kamu tawakkal saja la. Mungkin ini nasib kamu!" Jerit seekor katak dari atas kepada dua ekor katak di dalam perigi.

Namun kedua-dua ekor katak itu tetap berusaha naik ke atas dengan melompat. Masih gagal. Dari atas terus kedengaran suara-suara yang hanya membunuh harapan mereka.

Setelah agak lama mencuba, salah seekor katak berputus asa. Ia hanya mampu tersandar pada dinding perigi. Ditambah pula semangatnya lumpuh dek kata-kata yang tidak memberansangkan dari atas. Tidak berapa lama kemudian ia pun mati. Kumpulan katak di atas hanya mampu melihat.

Melihat rakannya telah mati, katak seekor lagi meneruskan usaha untuk melompat.

"Kamu tak nampak ke kawan kamu tu dah mati? Kamu pun nanti akan menyusul sama!"

Begitulah teriakan kedengaran dari atas. Namun katak itu tidak mempedulikannya. Ia terus melompat.

Akhirnya katak itu melompat begitu tinggi dan berjaya keluar.

Takjub melihat apa yang berlaku, seekor katak bertanya kepada katak tersebut, "Kenapa kamu tetap melompat walaupun kami sudah menyuruh kamu menerima takdir yang kamu mungkin akan mati seperti kawan kamu?"

Lalu katak itu pun menjawab :
"Sebenarnya telinga saya kurang dengar. Saya ingatkan kamu semua memberi semangat kepada saya untuk terus melompat. Saya lihat mulut kamu semua menjerit sesuatu, seolah-olah memberi semangat kepada saya. Sebab itu, saya terus berusaha, tidak mahu mengecewakan kamu semua."

The end

You're what you think. Kita lebih daripada apa yang manusia fikirkan terhadap diri kita. Jika kita mahu menjadi hebat, hiraukan kata-kata manusia. Kita perlu yakin potensi yang Allah berikan kepada kita. Makhluk tidak akan sesekali mengerti kehebatan ciptaan Allah. Hanya Dia yang mengetahui hakikat penciptaan makhluknya. Berbanggalah kita sebagai hambaNya yang beriman dan terus berusaha kerana kitalah sebaik-baik ciptaannya.

Khairul Faris Bin Abdul Aziz,
3/6/2017
Kelantan, Malaysia.

#PengajaranDariMakhluk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Cerita ini klik button di bawah
Powered by Blogger.