Hukum ziarah kubur pada hari raya

SOALAN.
blh tak kite pergi ziarah kubur pada hari raya? Sebab viral ada setengah ustaz kata tak boleh ziarah kubur pada hari raya.
JAWAPAN.
TIDAK ADA LARANGAN DARI SYARA' ziarah kubur pada hari raya. golongan yang melarang ziarah kubur pada hari raya adalah golong yang TIDAK MEMAHAMI cara pengambilan hukum ziarah kubur dari nas syara', kerana mereka telah melarang perkara yang tidak dilarang oleh Syara'.
Secara umumnya kita digalakkan menziarahi kubur tanpa ada pengecualian pada hari-hari tertentu, ini berpandukan kepada hadith nabi saw, baginda saw bersabda :
زُورُوا الْقُبُورَ؛ فَإِنَّهَا تُذَكِّرُكُمُ الْآخِرَةَ.
Ziarahilah kubur, kerana sesungguhnya ia dapat mengingatkan kamu kepada akhirat.
[ HR Ibnu Majah no.1569 ]
Dalam hadith lain nabi saw bersabda :.
نَهيتُكم عن زيارة القبور، فَزُوروها.
Dulu aku pernah melarang kalian dari menziarahi kubur, Namun sekarang hendaklah kalian menziarahi kubur.
[ HR Muslim ]
Didalam kitab الموسوعة الفقهية الكويتية juz.31 hlm.118 menyebut :
تُسْتَحَبُّ فِي الْعِيدِ زِيَارَةُ الْقُبُورِ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَهْلِهَا وَالدُّعَاءُ لَهُمْ.
Digalakkan pada hari raya ziarah kubur serta mengucap salam kepada penghuni kubur, dan berdoa untuk mereka.
Didalam فتاوى دار الإفتاء المصرية Al-'allamah Syekh 'Atiyyah shaqr Mufti mesir dahulu rahimahullah menyebut :
وَمِنْ هُنَا نَعْلَمُ أَنَّ زِيَارَةَ النَّاسِ لِلْمَقَابِرِ عَقِبَ صَلَاةِ الْعِيْدِ إِنْ كَانَتْ لِلْمَوْعِظَةِ وَتَذَكُّرِ مَنْ مَاتُوْا وَكَانُوْا مَعَهُمْ فِى الْأَعْيَادِ يُنَعَّمُوْنَ بِحَيَاتِهِمْ ، وَطَلَبِ الرَّحْمَةِ لَهُمْ بِالدُّعَاءِ فَلَا بَأْسَ بِذَلِكَ أَبَدًا.
Dari sini kita mengetahui bahawa umat Islam melakukan ziarah kubur setelah hari raya, jika untuk menjadi pelajaran dan mengingat orang yang telah mati, yang dahulu mereka bersamanya saat hari raya dan merasa senang dengan kehidupannya, serta memintakan rahmat dan doa untuk mereka, MAKA HUKUMNYA TIDAK MENGAPA selamanya …
Al-'Allamah Syeikh Prof Nuh al-qudhah mufti jordan dulu rahimahullah didalam fatawanya ketika beliau ditanya tentang ziarah kubur pada hari raya, beliau menjawab :
زيارة القبور جائزة في العيد وغيره ...
Ziarah kubur hukumnya harus pada hari raya dan selainnya ...
Sebagian ulama Salaf dari kalangan Tabiin juga telah melakukan ziarah kubur pada hari raya, imam ibnu abi syaibah menyebut didalam Mushannafnya 2/70 :
عَنْ عَطَاءِ بْنِ السَّائِبِ قَالَ صَلَّيْتُ الْفَجْرَ فِي هَذَا الْمَسْجِدِ فِي يَوْمِ الْفِطْرِ فَإِذَا أَبُوْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ وَعَبْدُ اللهِ بْنُ مَعْقِلٍ فَلَمَّا قَضَيْنَا الصَّلَاةَ خَرَجَا وَخَرَجْتُ مَعَهُمَا إِلَى الْجَبَانَةِ.
Dari Atha’ bin Saib ia berkata : “Saya solat Subuh di masjid ini pada hari raya puasa, ternyata saya bertemu Abu Abdirr ahman dan Abdullah bin Ma’qil. Setelah kami menunaikan solat, keduanya keluar, saya juga keluar bersama keduanyanya, menuju ke perkuburan jabanah.
KESIMPULAN.
Ziarah kubur pada hari raya adalah dibolehkan.
والله أعلم بالصواب
أبو أسامة محمد حنفية
مدير مركز الدراسات الإسلامية ببوكيت كيجغ كماسيك كمامن ترنجانو

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Artikel ini

No comments

Powered by Blogger.