Disebalik lagu Dendang Perantau - P Ramlee

توليسله اڤ يڠ كاو ليهت، چاتتله اڤ يڠ كاو فيكيركن، بيار مريك ايت تاهو بهاوا ملايو ايت بوكن سمواڽ بوليه دڤربودوهكن. كيت اومت ملايو بڠسا يڠ بردولت، اڬام اسلام منجاديكن كيت هيدوڤ برمرواه، برجواڠله ممباڠونكن بڠسا، منڬقكن اڬام دان ممڤرتاهنكن نڬارا. ايڠتله ڤسانكو اين، بيار ڤوتيه تولڠ، جاڠن ڤوتيه مات


DENDANG PERANTAU DI AIDILFITRI

"Apabila umat Islam menyambut hari raya bererti menyambut hari lahir saya juga," demikian seloroh P.RAMLEE berkata kepada seorang wartawan dalam satu temubual di rumahnya di Jalan Dedap, Kuala Lumpur.

Secara umum P.RAMLEE dilahirkan pada 29 Mac 1929. Tetapi ada berlaku kesilapan jika tarikh itu dipadankan dengan tarikh 1 Syawal pada tahun itu mengikut kalendar Islam. Ini kerana P.Ramlee pernah mendakwa bahawa beliau dilahirkan pada pagi 1 Syawal ketika umat Islam sedang bertakbir raya. Apabila diselidiki maka benarlah tarikh 1 Syawal itu jatuh pada 23 Mac 1928.

Siapa yang boleh lupa dengan lagu DENDANG PERANTAU nyanyian dan ciptaan P.RAMLEE yang akan berkumandang setiap kali Aidilfitri menjelang setiap tahun. P.RAMLEE telah sebati menjadi sebahagian daripada suasana hari raya di tanah air kita. Suasana hari raya rasanya tidak lengkap tanpa berkumandangnya lagu DENDANG PERANTAU nyanyian P.RAMLEE. Lagu itu dicipta oleh P.RAMLEE dalam tahun 1950-an, liriknya hasil dari karangan S.SUDARMADJI. Pertama kali DENDANG PERANTAU dirakam oleh P.RAMLEE pada tahun 1950-an dengan irigan muzik berbentuk orkestra. Di dalam tahun 1966 P.RAMLEE sekali lagi merakam lagu itu dalam bentuk muzik pop menggunakan 3 gitar, organ dan drum. Khazanah P.RAMLEE yang bertemakan hari raya bukan sahaja DENDANG PERANTAU malahan dua lagi lagu yang bertemakan hari raya iaitu SUARA TAKBIR dan SELAMAT HARI RAYA yang kedua-duanya dicipta dalam tahun 1950-an juga.

Lagu SUARA TAKBIR dinyanyikan semula oleh P.RAMLEE untuk rakaman ke piring hitam, sementara lagu SELAMAT HARI RAYA dirakamkan ke piring hitam oleh AHMAD JAIS pada tahun 1960-an. Lagu SELAMAT HARI RAYA yang dirakamkan oleh AHMAD JAIS itu dicipta khusus untuk satu pertunjukkan pentas di Happy World, Singapura yang dianjurkan oleh PERSAMA di mana ketika itu P.RAMLEE sendiri memegang jawatan sebagai presiden persatuan itu. Apa yang unik mengenai lagu DENDANG PERANTAU nyanyian P.RAMLEE tetap lebih segar dan lebih meriah untuk menimbulkan suasana di hari raya yang mulia walaupun tajuk lagunya tidak ada kena-mengena dengan hari raya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Cerita ini klik button di bawah
Powered by Blogger.