Tempoh bayaran premium tanah

توليسله اڤ يڠ كاو ليهت، چاتتله اڤ يڠ كاو فيكيركن، بيار مريك ايت تاهو بهاوا ملايو ايت بوكن سمواڽ بوليه دڤربودوهكن. كيت اومت ملايو بڠسا يڠ بردولت، اڬام اسلام منجاديكن كيت هيدوڤ برمرواه، برجواڠله ممباڠونكن بڠسا، منڬقكن اڬام دان ممڤرتاهنكن نڬارا. ايڠتله ڤسانكو اين، بيار ڤوتيه تولڠ، جاڠن ڤوتيه مات


Seksyen 81. Butiran hasil tanah yang kena bayar apabila kelulusan diberi.

(1) Jumlah wang berikut hendaklah merupakan hutang kepada pihak berkuasa Negeri pada masa ia meluluskan pemberimilikan mana-mana tanah Dibawah Akta ini –

(2) ……. Dalam notis atas Borang 5A,menghendaki tuan punya yang dicadangkan membayar jumlah wang itu kepada nya (Pentadbir Tanah) dalam tempoh yang ditentukan mengenainya dalam notis itu;dan jika apa apa jumlah wang sedemikian tidak dibayar dalam masa yang ditentukan itu,kelulusan Pihak Berkuasa Negeri untuk pemberimilikan itu hendaklah dengan itu luput. Manakala menurut, Seksyen 82. Kuasa untuk menghendaki pembayaran deposit.

(2)  Apabila menerima apa-apa permohonan yang kepadanya mana-mana arahan sedemikian itu dipakai,Pentadbir Tanah hendaklah,dengan notis atas Borang 5A menghendaki pemohon mendepositkan jumlah wang yang tersebut dengannya dalam masa yang ditentukan mengenainya dalam notis itu: dan jika jumlah wang yang dituntut itu tidak dideposit kan dalam masa yang ditentukan itu,permohonan itu hendaklah dengan itu disifatkan sebagai telah ditarik balik.
Ini bermakna, premium tanah dibayar dalam tempoh enam bulan dari tarikh Notis Borang 5A diterima. Tempoh lanjutan tidak dibenarkan. Oleh itu, jika Borang 5A telah luput, pemohon dikehendaki mengemukakan permohonan baru kepada Pentadbir Tanah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Cerita ini klik button di bawah
Powered by Blogger.