Solat witir sebelum tidur dan bangun semula untuk tahajjud

توليسله اڤ يڠ كاو ليهت، چاتتله اڤ يڠ كاو فيكيركن، بيار مريك ايت تاهو بهاوا ملايو ايت بوكن سمواڽ بوليه دڤربودوهكن. كيت اومت ملايو بڠسا يڠ بردولت، اڬام اسلام منجاديكن كيت هيدوڤ برمرواه، برجواڠله ممباڠونكن بڠسا، منڬقكن اڬام دان ممڤرتاهنكن نڬارا. ايڠتله ڤسانكو اين، بيار ڤوتيه تولڠ، جاڠن ڤوتيه مات


Soalan.

Assalamualaikum ustaz...solat witir solat akhir sbelom subuh kn...tp boleh kn solat witir lepas tu tido...lepastu bangun pg solat tahajjud...mcm mane solat witir yg telah dibuat sbelom solat tahajjud?.

Jawapan.

Waalaikumusalam. Waktu solat witir adalah daripada selepas menunaikan solat Isyak (walaupun solat Isyak dalam waktu Maghrib -jamak Taqdim) sehingga terbit fajar (subuh).

Dalam Fiqh Manhaji menyatakan :

وقت الوتر : ما بين صلاة العشاء و طلوع الشمس، والأفضل أن يؤخرها إلى آخر صلاة الليل.ا.ه.

Maksudnya :

Dan waktu solat witir : perkara antara solat Isyak dan terbit Matahari (subuh), dan afdhalnya bahawa dia menta'khirkan solat witir ke akhir solat malam.

Menta'khirkan solat witir hingga ke akhir solat malam jika dia berharap dia dapat bangun daripada akhir malam. Adapun jika dia bimbang tidak bangun, maka dia boleh menunaikan witir selepas daripada fardhu Isyak dan sunat Isyak.

Apabila bangun untuk Tahajud, maka tidak perlu lagi mengulangi witir yang telah ditunaikan sebelum tidur. Kerana hanya satu witir pada satu malam.

Wallahualam.

أبو سفاوي عبد اللطيف حنفي المرنجي.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Cerita ini klik button di bawah
Powered by Blogger.