Solat terawikh ketika solat jamak taqdim


Soalan.

Saya musafir jadi saya jamak myg maghrib dan isyak dalam waktu Maghrib, soalannya, bila saya boleh smbhyg terawih, lepas myg (solat) isyak tu ke, atau kene tunggu masuk waktu Isyak?.

Jawapan.

Waktu solat Terawih adalah sama seperti solat witir. Iaitu selepas menunaikan solat Isyak sebelum terbit Matahari (subuh). Dalam kitab Budur Tholia'ah menyatakan :

ووقتها كالوتر، من بعد فعل صلاة العشاء، وقبل طلوع الفجر الصادق.

Dan waktunya (solat terawih) seperti solat witir, daripada selepas menunaikan solat Isyak, dan sebelum terbit fajar sodik (fajar kedua-subuh).

Jika ditunaikan solat Terawih sebelum solat Isyak walaupun dalam waktu Isyak, tidak sah solatnya. Maka saudara boleh menunaikan solat Terawih selepas saudara menunaikan solat fardhu Isyak walaupun belum masuk waktu Isyak.

والله أعلم.

أبو سفاوي عبد اللطيف حنفي المرنجي.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Artikel ini

No comments

Powered by Blogger.