Premium tanah dalam pemberimilikan tanah kerajaan (menurut kanun tanah negara)


Berdasarkan Seksyen 76 (a), Kanun Tanah Negara (KTN) 1965 telah menetapkan bahawa pemberimilikan tanah Kerajaan dalam keadaan biasa hendaklah bagi tempoh tidak melebihi 99 tahun.

KTN tidak memperuntukan seksyen khusus untuk melanjutkan tempoh pajakan tanah atas hakmilik. Walau bagaimana pun, amalan yang dipraktikkan adalah melalui Seksyen 197 dan Seksyen 76 KTN yang mana permohonan tersebut dilakukan secara serentak dan 204B KTN:

i. Seksyen 197 KTN – permohonan penyerahan balik secara keseluruhan tanah.
ii. Seksyen 76 KTN – permohonan pemberimilikan.
iii. Seksyen 204B KTN – permohonan serahbalik dan berimilik semula.

Sebagai balasan bagi perlanjutan tersebut tempoh pajakan, pemohon perlu menjelaskan bayaran premium (melainkan Pihak Berkuasa Negeri fikirkan sesuai untuk mengecualikannya dalam mana-mana kes tertentu) dan bayaran sewa tahunan (cukai tanah).


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Artikel ini

No comments

Powered by Blogger.