Pengenalan premium tanah


Premium tanah ialah sejumlah amaun wang dalam bentuk yang perlu dibayar kepada PBN dalam beberapa urusan prmohonan.

Ada 2 jenis premium :

Premium
Bayaran sekaligus (lump sum) yang dibayar oleh pemegang pajakan/sewaan kepada PBT untuk lanjutkan pajakan/sewaan.

Premium tambahan
Kadar yang dikenakan untuk meluluskan permohonan

Antaranya :

1. Tukar syarat Guna tanah

Di bawah Seksyen 124 Kanun Tanah Negara 1965, pemilik bagi tanah berimilik boleh memohon kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) untuk mengubah kategori kegunaan tanah, pembatalan sebarang syarat nyata atau sekatan dalam kepentingan; atau pindaan syarat nyata atau sekatan dalam kepentingan.

Sebarang arahan yang diberi oleh Pihak Berkuasa Negeri di bawah seksyen ini boleh dibuat dengan syarat pemohon dikehendaki membayar  premium tambahan. Amaun premium tambahan yang perlu dibayar biasanya berdasarkan suatu formula yang ditetapkan oleh PBN. Kadar amaun yang dikenakan berbeza mengikut negeri.

2. Pemberimilikan Tanah

Pemberimilikan Tanah adalah merupakan tanah rezab atau tanah kepunyaan Kerajaan Negeri yang dikurniakan kepada orang perseorangan atau Agensi Kerajaan negeri/Persekutuan dengan mengeluarkan hakmilik sementara serta mengenakan syarat atau sekatan yang tertentu berdasarkan Kanun Tanah Negara 1965 dan Kaedah-kaedah Tanah Negeri yang berkenaan. Pihak yang diberimilik akan dikenakan bayaran premium. Kadar yang dikenakan adalah berbeza di antara satu kegunaan yang lain.

Jabatan Penilalain dan Perkhidmatan Harta (JPPH) berkuasa menentukan nilai pasaran mengikut asas yang ditetapkan oleh PBN atau Jawatankuasa Tanah Wilayah Persekutuan berpandukan Kaedah-kaedah Tanah Negeri masing-masing. Penilaian tersebut akan digunakan untuk pengiraan premium yang akan dikenakan ke atas permohonan tersebut.

3. Cantuman

Ianya bermaksud bahawa dua atau lebih lot-lot yang berhakmilik berasingan dan terletak sebelah menyebelah dicantum menjadi satu hakmilik. Untuk tujuan maksud terletak bersebelahan, mana-mana dua lot atau lebih, ialah sekiranya lot-lot tersebut mempunyai mana-mana sempadan sepunya.

Cantuman tidak boleh dilakukan sekiranya tidak terletak dalam  bandar, pekan atau mukim yang sama. Begitu juga bagi lot yang dipegang di bawahhakmilik Pejabat Tanah tidak boleh dicantumkan dengan lot yang dipegangdi bawah hakmilik Pendaftar

Mengikut Seksyen 146(2) Kanun Tanah Negara kelulusan cantuman diberikan oleh Pihak Pengarah Tanah untuk lot-lot yang dipegang di bawah hakmilik Pendaftar manakala Pentadbir boleh meluluskan cantuman bagi lot-lot di bawah hakmilik Pejabat Tanah dengan syarat kelulusan lot-lot yangdicantum tidak melebih 10 ekar.

Sekiranya permohonan cantuman diluluskan pihak Pentadbir akan memberitahu kepada pemohon. Beliau juga akan mengemukakan apa-apa arahan dari Pihak Berkuasa. Di samping itu juga pihak Pentadbir akan meminta pemohon untuk membuat apa-apa bayaran-bayaran yang berkaitan. Antara arahan-arahan yang dikemukakan kepada pemohon ialah berkaitan dengan tempoh pegangan  yang akan dikemukakan  kepada lot cantuman. (sekiranya pegangan adalah berbentuk pajakan), kadar cukai tahunan,syarat-syarat dan halangan (restriction in interest). Manakala bayaran- bayaran yang dikenakan adalah bayaran upah ukur bayaran penyediaan  dan pendaftaran hakmilik untuk cantuman
premium tambahan yang dikenakan. Cantuman selalunya dilakukan bagi meningkatkan nilai tanah tersebut serta untuk kemudahan pinjaman dan kemudahan pertanian.


4. Pecah Bahagi

Permohonan pecah bahagi bangunan yang melibatkan permohonan untuk meminda apa-apa syarat nyata tanah yang tercatitera di atas atau disebut dalam dokumen hakmilik yang mana kategori kegunaan tanah adalah bangunan sahaja. Memorandum mengubah syarat-syarat nyata, sekatan-sekatan kepentingan dan kategori kegunaan menurut seksyen 124 KTN.

Kuasa meluluskan permohonan diwakil kuasa kepada YAB Menteri Besar melalui perakuan Mesyuarat Jawatankuasa Rayuan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

Tanggungjawab Pemohon

* Pastikan dokumen permohonan lengkap seperti senarai semak
* Permohonan dikemukakan beserta senarai semak yang disediakan
* Buat bayaran kelulusan, sertakan surat iringan dan bayaran permium tambahan yang
   ditetapkan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Artikel ini

No comments

Powered by Blogger.