Merujuk kepada perenggan 13 jadual kedua Akta Hakmilik Strata, cara memutuskan persoalan-persoalan dalam mesyuarat agung perbadanan pengurusan


Merujuk kepada perenggan 13 jadual kedua Akta Hakmilik Strata, cara memutuskan persoalan-persoalan dalam mesyuarat agung perbadanan pengurusan adalah:

a) Cara-cara membuat keputusan di mesyuarat-mesyuarat tersebut ialah sama ada cara mengangkat tangan (show of hands) atau dengan cara membuang undi. (poll).

b) Keputusan melalui kelebihan suara ( simple majority) diperlukan untuk sebarang keputusan selain daripada perkara-perkara yang memerlukan keputusan sebulat suara.undian yang terbanyak akan dipilih mengikut majority. Sekiranya seorang pemilik mempunyai empat petak,maka pemilik tersebut mempunyai empat undi.

c) Sesiapa yang berhak mengundi dan yang hadir sama ada sendiri atau melalui proksi dalam mesyuarat boleh menuntut untuk pengundian.

d) Dalam pengundian, setiap pemilik hendaklah mempunyai bilangan undi yang sama dengan bilangan unit syer yang diperuntukkan kepada petaknya, manakala pemilik bersama mempunyai bilangan unit yang berkadaran dengan kepentingannya dalam petak.

e) Jika pengundian dibuat, ia hendaklah dijalankan dengan apa jua cara sebagaimana yang difikirkan patut oleh pengerusi dan keputusan pengundian itu hendaklah disifatkan menjadi ketetapan mesyuarat yang meminta pengundian itu.

f) Jika tiada pengundian dituntut atau tuntutan itu ditarik balik, ketetapan hendaklah diputuskan dengan mengangkat tangan. Setiap pemilik petak hendaklah mempunyai satu undi sahaja secara angkat tangan .

g) Bagi pemilik bersama, mereka tidak berhak mengundi secara angkat tangan kecuali jika suatu ketetapan sebulat suara dikehendaki. Namun demikian, mana-mana pemilik bersama boleh menuntut pengundian.

h) Dalam hal bilangan undi yang sama banyak (sama ada dengan cara angkat tangan atau pengundian) pengerusi berhak memberi undi pemutus selain undi asalnya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Artikel ini

No comments

Powered by Blogger.