Khaulah al-Azwar si srikandi besi


Dia bertempur seperti Khalid Al-Walid, namun jelas dia bukan Khalid Al- Walid. Siapakah dia? Susuk tubuh yang nampak begitu gah di atas kuda menghunus pedang dan tombak. Dia tidak dikenali pada waktu itu kerana mukanya berlitup. Namun kegagahannya memukau dan membangkitkan semangat tentera Islam yang ketika itu sedang berhadapan dengan tentera kafir laknatullah di Rom. Dia meluncur laju ke arah barisan musuh, membunuh seorang demi seorang dengan menggunakan tombaknya, lalu meluncur pula ke barisan musuh di bahagian yang lainnya lalu mencederakan dan membunuh musuh yang lain.

Dengan berselubung lengkap tanpa menunjukkan wajahnya, dia bertempur dengan semangat jihad. Beliau menjadi seorang pejuang yang misteri, telah mempamerkan kehandalannya berkuda dan menggunakan tombak. Pertempurannya itu telah membangkitkan semangat tentera Muslimin untuk terus berjuang, biarpun  mereka tidak mengetahui bahawa susuk tubuh itu adalah seorang wanita.

Pejuang misteri itu terus menimbulkan tanda tanya kepada pejuang Muslimin. Ketangkasannya bertempur dengan pihak musuh begitu menakjubkan bagi pihak Khalid Al- Walid dan tenteranya. Melihat keberanian dan kesungguhan pejuang misteri itu, Khalid mengambil peluang utk membangkitkan semangat tenteranya dan bersama-sama memerangi musuh dengan pejuang misteri tersebut.

Khalid mendekati penunggang kuda itu lalu berkata "Wahai pejuang, tunjukkan wajahmu"
Lantas Khalid hampir terjatuh dari kudanya ketika dia mendengarkan jawapan dari penunggang kuda tersebut,kerana yang didengarinya adalah suara seorang gadis.

Siapakah gerangan pejuang ini?

Beliau adalah Khaulah Al-Azwar.Digelar Srikandi Besi, merupakan seorang mujahidah yg hidup pada zaman Rasulullah SAW dan dibenarkan oleh Nabi utk turut serta dlm peperangan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Artikel ini

No comments

Powered by Blogger.