Hukum mengambil bayaran ceramah agama

توليسله اڤ يڠ كاو ليهت، چاتتله اڤ يڠ كاو فيكيركن، بيار مريك ايت تاهو بهاوا ملايو ايت بوكن سمواڽ بوليه دڤربودوهكن. كيت اومت ملايو بڠسا يڠ بردولت، اڬام اسلام منجاديكن كيت هيدوڤ برمرواه، برجواڠله ممباڠونكن بڠسا، منڬقكن اڬام دان ممڤرتاهنكن نڬارا. ايڠتله ڤسانكو اين، بيار ڤوتيه تولڠ، جاڠن ڤوتيه مات


Sebenarnya memang asas kepada ceramah atau dakwah ini tidak menuntut apa-apa bayaran. Tetapi uruf (custom) yang ada sekarang tidak menolak konsep ini sebagai salah satu ganjaran kepada penceramah.

Daripada aspek akad yang dilakukan dalam akad ceramah ini, ia boleh dibuat dalam bentuk berikut iaitu:

1. Akad ijarah (sewa)
2. Akad ju'alah

Akad ijarah ialah kontrak yang mempunyai tempoh, tajuk dan upah yang dimaklumi. Penceramah mempunyai kelayakan untuk menyampaikan tajuk tersebut dalam tempoh yang ditetapkan.

Manakala bayaran yang maklum ini disepakati antara dua pihak iaitu penceramah dengan penganjur.

Adapun akad ju'alah pula tidak disyaratkan waktu yang maklum iaitu apabila tajuk ceramah disepakati. Ini kerana definisi ju'alah adalah iltizam terhadap ganjaran yang dimaklumi ke atas kerja yang dimaklumi atau tidak dimaklumi.

Maka sesi ceramah yang diserahkan waktunya kepada penceramah boleh dimasukkan di bawah akad ju'alah.

- Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil (al Ustaz no. 61)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Cerita ini klik button di bawah
Powered by Blogger.