7 Wasiat Rasulullah صلى الله عليه وسلم kepada Abu Dzar Al-Ghifari رضى الله عنه .

توليسله اڤ يڠ كاو ليهت، چاتتله اڤ يڠ كاو فيكيركن، بيار مريك ايت تاهو بهاوا ملايو ايت بوكن سمواڽ بوليه دڤربودوهكن. كيت اومت ملايو بڠسا يڠ بردولت، اڬام اسلام منجاديكن كيت هيدوڤ برمرواه، برجواڠله ممباڠونكن بڠسا، منڬقكن اڬام دان ممڤرتاهنكن نڬارا. ايڠتله ڤسانكو اين، بيار ڤوتيه تولڠ، جاڠن ڤوتيه مات


7 Wasiat Rasulullah صلى الله عليه وسلم kepada Abu Dzar Al-Ghifari رضى الله عنه .

.
Dari Abu Dzar رضى الله عنه , ia berkata : “ Kekasihku (Rasulullah) صلى الله عليه وسلم berwasiat kepadaku dengan tujuh hal :

(1) Supaya aku mencintai orang-orang miskin dan dekat dengan mereka,

(2) Baginda memerintahkan aku agar aku melihat kepada orang yang berada di bawahku dan tidak melihat kepada orang yang berada di atasku,

(3) Baginda memerintahkan agar aku menyambung silaturrahimku meskipun mereka berlaku kasar kepadaku,

(4) Aku dianjurkan agar memperbanyak ucapan لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ (tidak ada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan Allah),

(5) Aku diperintah untuk mengatakan kebenaran meskipun pahit,

(6) Baginda berwasiat agar aku tidak takut celaan orang yang mencela dalam berdakwah kepada Allah, dan

(7) Baginda melarang aku agar tidak meminta-minta sesuatu pun kepada manusia.”

.
[ Imam ath-Thabrani dalam al-Mu’jamul-Kabîr - II/156, no. 1649 ]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Cerita ini klik button di bawah
Powered by Blogger.