Perbadanan pengurusan strata


Perbadanan pengurusan adalah tertubuh dengan sendirinya apabila buku daftar strata dibuka pada tarikh endorsan memorial mengenainya didaftarkan dalam dokumen hakmilik tanah di atas mana bangunan yang telah dipecah bahagi, blok-blok sementara dan / atau petak-petak tanah (land parcels) itu terletak. Kewujudannya adalah secara automatik menurut Akta Hakmilik Strata.

Nama dan alamat perbadanan pengurusan ini adalah dikenali dengan nama dan alamat yang dikemukakan oleh pemohon kepada Pendaftar / Pentadbir Tanah apabila pecah bahagi bangunan dan/atau petak tanah telah diluluskan oleh Pengarah Tanah dan Galian Negeri. Jika nama dan alamat perbadanan pengurusan tidak dibekalkan oleh pemohon, Pendaftar boleh, menurut subseksyen 15(3A), memberikan nama dan alamat perbadanan pengurusan tersebut.

Entiti perbadanan pengurusan adalah diiktiraf di bawah Akta Hakmilik Strata sebagai sebuah perbadanan atau body corporate, iaitu ia boleh mendakwa dan didakwa. Selain itu, penubuhan perbadanan ini tidak perlu didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan atau Pendaftar Syarikat. Perakuan penubuhan perbadanan ini boleh dikeluarkan oleh Pendaftar / Pentadbir Tanah apabila dipohon oleh pemilik asal. Malah perbadanan pengurusan mempunyai meterai atau common seal dan juga mempunyai hak turun temurun atau perpetual succession.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Artikel ini

No comments

Powered by Blogger.