Peranan Pesuruhjaya Bangunan

Peranan Pesuruhjaya Bangunan  adalah antara lain merangkumi bidang-bidang liputan berikut:

(a) Mediator kepada masalah-masalah berbangkit berkaitan dengan hak-hak dan obligasi pemilik-pemilik dan blok sementara dalam hartanah skim strata (Bahagian VI Akta Hakmilik Strata) seperti:

(i) Hak-hak pemilik ke atas petaknya dan harta bersama;

(ii) Hak-hak pemilik untuk mendapatkan sokongan bagi petaknya (right of support) seperti harta bersama, dan sokongan perkhidmatan utiliti (rights of service) seperti bekalan air, perparitan. kumbahan, gas, elektrik, pembuangan sampah dan lain-lain

(iii) Kelayakan dan kesaksamaan unit-unit syer bagi petak-petak strata dari segi hak mengundi oleh pemilik, bahagian yang tidak dipecah bahagi bagi perkongsian penikmatan harta bersama; kadar caruman penyelenggaraan kepada Kumpulan Wang Pengurusan (Management Fund) perbadanan pengurusan; termasuklah kadar cukai tanah yang kena dibayar oleh pemilik ke atas petaknya.

(b) Mediator kepada masalah-masalah berbangkit berkaitan dengan pentadbiran perbadanan pengurusan skim strata (Bahagian VII Akta Hakmilik Strata) seperti:

(i) Sekatan-sekatan yang dikenakan ke atas perbadanan pengurusan dalam tempoh permulaan atau initial period. (Tempoh permulaan ialah bermula dari tarikh memorial perbadanan pengurusan didaftarkan dalam suratan hakmilik tanah dan berakhir sehingga ¼ daripada keseluruhan aggregate unit syer skim strata telah dipindahmilik kepada pemilik-pemilik);

(ii) Melantik seseorang untuk menjalankan Mesyuarat Agung Tahunan Pertama (MATP) perbadanan pengurusan (berikutan kegagalan pemilik asal mengadakan MATP dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh tamatnya tempoh permulaan).

(iii) Perjalanan tugas-tugas dan kuasa-kuasa perbadanan pengurusan.

(iv) Pentadbiran dan pelaksanaan Undang-Undang Kecil (By-laws) bangunan dan tanah yang telah dipecah bahagi;

(v) Pentadbiran Kumpulan Wang Pengurusan (day to day expenses) dan Akaun Khas (periodic expenses)

(vi) Melantik seseorang atau badan untuk menjalankan fungsi perbadanan pengurusan
(berikutan perbadanan pengurusan sedia ada gagal berfungsi);

(vii) Menerima dan menyemak minit mesyuarat, akaun dan resolusi yang diluluskan di dalam Mesyuarat Agung perbadanan pengurusan

(viii) Menerima dan menyemak isu-isu lain yang berkaitan di dalam urusan perbadanan pengurusan.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Artikel ini

No comments

Powered by Blogger.