Pengenalan kepada pesuruhjaya bangunan (COB)


Bagi bangunan atau tanah yang akan dipecah bahagi dan dikeluarkan hakmilik strata, wujud bahagian yang dinamakan harta bersama yang boleh digunakan oleh semua penghuni. Bangunan dan harta bersama ini perlu disenggara dan diurus dengan sempurna. Ini memerlukan pihak yang diberi kuasa dan tanggungjawab mengendalikannya dan dana untuk membiayai kos penyenggaraan dan pengurusan ini. 

Bagi memastikan tanggungjawab penyenggaraan dan pengurusan dapat dilaksanakan dengan teratur  serta menjaga kepentingan semua yang terlibat secara adil, Kerajaan telah menyediakan Akta Hakmilik Strata 1985 [Akta 318], Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 [Akta 118] dan peraturan-peraturan di bawahnya.  

Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2007 [Akta 663] juga turut diperkenalkan. Akta ini mula berkuatkuasa di seluruh negeri mulai 12 April 2007.

Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2007 (Akta 663) memperkenalkan satu entiti baru iaitu Pesuruhjaya Bangunan atau Commisioner of Building (COB).

COB dilantik oleh PBN (Seksyen 3) dan diberi kuasa di bawah Akta 663 untuk menjaga, pentadbiran Akta ini serta Bahagian VI dan VII Akta 318 dan menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan kepadanya oleh Akta 318. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Artikel ini

No comments

Powered by Blogger.