Mesyuarat Agung Tahunan (AGM)

توليسله اڤ يڠ كاو ليهت، چاتتله اڤ يڠ كاو فيكيركن، بيار مريك ايت تاهو بهاوا ملايو ايت بوكن سمواڽ بوليه دڤربودوهكن. كيت اومت ملايو بڠسا يڠ بردولت، اڬام اسلام منجاديكن كيت هيدوڤ برمرواه، برجواڠله ممباڠونكن بڠسا، منڬقكن اڬام دان ممڤرتاهنكن نڬارا. ايڠتله ڤسانكو اين، بيار ڤوتيه تولڠ، جاڠن ڤوتيه مات


Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) diadakan Pada Setiap Tahun Kalendar dan Tidak Lebih Daripada 15 Bulan Selepas Tarikh Terakhir Sesuatu AGM.Antara agenda utama AGM adalah Pemilihan Ahli Majlis dan Pemeriksaan Terhadap Akaun Perbadanan Pengurusan. Mesyuarat Agung Tahunan adalah  satu mesyuarat tahunan yang wajib diadakan oleh semua syarikat/organisasi mahupun perbadanan.

Objektif utamanya adalah untuk menilaiprestasi kewangan dan prospek masa depan syarikat/organisasi atau perbadanan serta untuk memilih lembaga pengarah syarikat dan ianya juga merupakan satu pentas untuk pemegang saham menyoal mengenaistatus syarikat atau perbadanan tersebut. Pemegang saham syarikat akan dijemput untuk menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan setiap tahun. Ia terbuka kepada semua pemegang saham, sama ada seseorang itu hanya memegang satu saham mahupun kepada pemegang saham majoriti.

Malangnya, para pemegang saham minoriti selalunya memilih untuk mengabaikan jemputan ini.Hal ini mungkin kerana mereka berpendapat bahawa mereka tidak dapat mempengaruhi atau menukar apa-apa keputusan dalam Mesyuarat Agung Tahunan kerana hanya memiliki peratus undian yang sangat kecil.Pada hakikatnya, syarikat mengalu-alukan kehadiran semua pemegang saham dalam Mesyuarat Agung Tahunan mereka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Cerita ini klik button di bawah
Powered by Blogger.