Kalau kita hidup di zaman firaun, kita nak ikut siapa?

توليسله اڤ يڠ كاو ليهت، چاتتله اڤ يڠ كاو فيكيركن، بيار مريك ايت تاهو بهاوا ملايو ايت بوكن سمواڽ بوليه دڤربودوهكن. كيت اومت ملايو بڠسا يڠ بردولت، اڬام اسلام منجاديكن كيت هيدوڤ برمرواه، برجواڠله ممباڠونكن بڠسا، منڬقكن اڬام دان ممڤرتاهنكن نڬارا. ايڠتله ڤسانكو اين، بيار ڤوتيه تولڠ، جاڠن ڤوتيه مات


Ustaz : Kalau kita hidup zaman Firaun agak-agak kita jadi pengikut Firaun ke, atau pengikut Nabi Musa?

Jemaah : Musa.

Ustaz : Yakin?

Jemaah : Yakinnnnn.

Ustaz : Tapi yang membangunkan Mesir, Firaun. Yang bina piramid, Firaun. Yang terkaya, Firaun. Yang ada kuasa tentera, Firaun. Musa cuma pengembala kambing. Senjata dia pun tongkat je. Yakin?

Jemaah : *dah mula diam*

Ustaz : Dah la keje cuma jaga kambing, tau-tau ajak kita redah laut tak guna sampan. Yakin ke kita nak ikut Musa ni?

Dasyat Ustaz ni perli kita.

Betapa manusia zaman Firaun dan zaman kita tak banyak beza.
Kita di zaman ini masih lagi lebih percayakan pada harta, kedudukan, duit dan pengaruh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Cerita ini klik button di bawah
Powered by Blogger.