Disebalik Kitab Tafsir At-Tabari

Tahukah anda kitab tafsir yang bakal disoroti ini pernah hampir suatu ketika dahulu hilang dalam khazanah dunia ilmu Islam. Namun Allah SWT yang menagturkan segalanya penuh dengan hikmah, masih ada satu naskhah penuh tulisan tangan berada di tangan pemerintah Najd iaitu Hamud ibn Al-Amir Abd Al-Rasyid. Inilah sumber asal yang  membolehkan tafsir ini dicetak dan ia kekal menjadi rujukan penting hingga ke hari ini.

Berjudul Jami' al-Bayan'an Ta'wil Ay al-Quran dan pada sebahagian cetakan tercatat dengan judul Jami' ak-Bayan fi Tafsir al-Quran. Ia adalah karya monumental Abu Jaafar Muhammad bin Jarir bin Yazid Kathir ibn Ghalib al-Tabari (wafat 310H). Kitab ini juga dikenali dengan nama Tafsir Al-Tabari. Ia adalah kitab tafsir terawal ditulis menggunakan kaedah tafsir bil ma'thur yang memberikan impak kepada penulisan tafsir yang muncul selepas itu. Ahli tafsir yang menghasilkan karya tafsir mereka selepas Al-Tabari mesti menjadikannya sebagai rujukan utama,



Imam Ibn Jarir Al-Tabari adalah ilmuan Islam yang mengusaipelbagai cabang ilmu. Antara yang menjadi kekuatan beliau ialah tafsir, fiqh dan sejarah. Justeru, jika diluhat secara umum Tafsir Al-Tabari, ketiga-tiga bidang ilmu inilah yang mewarnai tafsirannya.

SyeikhDr muhammad Hussein al-Zahabi dalam kitabnya 'Al-Tafsir wa Al-Mufassirun' merumuskan beberapa kesimpulanpenting berkaitan metodologi yang dipratikkan oleh Imam Al-Tabari dalam penulisan tafsir beliau. Antaranya ialah :

1. Sebelum mentafsirkan sesuatu ayat, Imam Al-Tabari kebiasaanya akan memulakan dengan ungkapan : "Al-Qaulu fi Ta'wili Qaulihi Ta'ala.."bermaksud tafsiran daripada firman Allah adalah.." Kemudian, beliau menyebut ayat yang hedak ditafsirkan beserta tafsirannya yang bersadarkan kepada perkataan sahabat dan tabi'in lengkap dengan silsilah perawinya (sanad).

2. Sekiranya terdapat dua pendapat atau lebih berkaitan tafsiran sesuatu ayat lebih berkaitan tafsiran sesuatu ayat, Imam Al-Tabari akan membentangkan semua pendapat yang ada lengkap dengan riwayat yang bersambung dari sahabat ataupun tabi'in.

3. Imam Al-Tabari bukan hanya menyebut riwayat yang ada berkaitan tafsiran sesuatu ayat, tetapi beliau akan menyebut pendapat mana yang kuat dan menjadi pilihannya (tarjih).

4. Jika keadaan memerlukan, imam Al-Tabari turut membahaskan sesuatu ayat dari sudut tatabahasa Arab. Begitu juga dengan hukum hakam fiqh yang boleh diambil daripada ayat tersebut.

Melihat kepada pengeluaran hukum fiqh (istinbat) yang dilakukan oleh Imam Al-Tabari, kita dapati beliau bukanlah seorang yang terkepung di dalam belenggu taqlid. Secara tidak langsung, beliau telah mewujudkan iklim perbahasan akademik yang sihat di tengah-tengah masyarakat pada era beliau dan menjadi panduan buat generasi berikutnya.

Dari sisi linguistik (Bahasa Arab), Ibn Jarir Al-Tabari sangat memeperhatikan kaedah tatabahasa  Bahasa Arab sebagai panduan. Tumpuannya diberikan pada syair-syair Arab Kuno dalam menjelaskan makna kosa kata, aspek tatabahasa (nahu) dan penggunaan Bahasa Arab yang telah dikenal secara luas dalam kalangan masyarakat.

Diantara keunikan metodologi Tafsir Al-Tabari ialah beliau menyebut setiap riwayat berkaitan tafsiran sesuatu ayat dengan sanad (rangkaian periwayat) dengan lengkap. Namun, kebanyakkan riwayat yang dimasukkan tersebut tidak dinyatakan sama ada ia sahih atau daif. Ini kerana beliau berpegang dengan kaedah yang terkenal dalam kalangan ahli hadis iaitu sesiapa yang telah menyebut sanadnya dengan lengkap, maka terlepaslah tanggungjawabnya. Peranan pembaca pula untuk menilai kedudukan riwayat tersebut berdasarkan sanad yang dinyatakan.

Namun, terdapat juga di sesetengah tempat, selepas membentangkan sanad sesuatu riwayat, beliau terus menjelaskan kedudukan riwayat tersebut dari segi kesahihannya.

Imam Al-Tabari terkenal dengan penentangannya terhadap pentafsiran al-Quran yang hanya merujuk kepada akal fikiran yang tidak bersandarkan kepada sumber yang sahih. Beliau tetap menekankan kepentingan untuk merujuk kepada pandangan golongan sahabat atau tabiin yang sahih.

Imam Al-Tabri juga menitikberatkan aspek Qiraat yang pelbagai semasa menghuraikan sesuatu maksud ayat. beliau akan menyebut cara bacaan sesuatu ayat yang berbeza berdasarkan pandangan imam qiraat, lalu menyebutkan apakah cara bacaan yang menjadi pilihannya berserta dengan hujah-hujah.

Kita akan dapati di dalam tafsir ini, Imam Al-Tabari memasukkan kisah-kisah Israiliyyat yang diambil daripada riwayat Ka'ab Al-Ahbar, Wahab bin Munabih, Ibn Juraij, Al-Suddi dan lain-lain lagi. kemudian beliau menyatakan sanad, maka terlepaslah tanggungjawabnya. Peranan pembaca pula untuk mengkaji dan menilai sanad-sanad tersebut.

Ibn Jarir Al-Tabari juga adalah jaguh di dalam ilmu akidah. Oleh sebab itu, kita turut dibawa untuk melalui pentafsiran ayat-ayat tertentu mengikut perbahasan akidah dan ilmu kalam.

Ketika berhadapan dengan persoalan ilmu kalam, terutama yang menyentuh bab akidah, ketegasan Al-Tabari sangat ketara. Beliau pembela kental Ahli Sunnah wal Jamaah ketika menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh golongan Muktazilah, Qadariah dan sebagainya.


Rujukan: Al-Zahabi, Muhammad Husein, al-Tafsir wa al-Mufassirun (Beirut: Dar al Yusuf, 2000M)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Artikel ini

No comments

Powered by Blogger.