8 cara yang anda patut tahu untuk refinance rumah

توليسله اڤ يڠ كاو ليهت، چاتتله اڤ يڠ كاو فيكيركن، بيار مريك ايت تاهو بهاوا ملايو ايت بوكن سمواڽ بوليه دڤربودوهكن. كيت اومت ملايو بڠسا يڠ بردولت، اڬام اسلام منجاديكن كيت هيدوڤ برمرواه، برجواڠله ممباڠونكن بڠسا، منڬقكن اڬام دان ممڤرتاهنكن نڬارا. ايڠتله ڤسانكو اين، بيار ڤوتيه تولڠ، جاڠن ڤوتيه مات


1. Perlu tahu harga pasaran rumah. Boleh semak menerusi online atau website yang menjual rumah. Dari situ anda akan tahu harga pasaran rumah.

2. Anda juga boleh mendapatkan maklumat nilaian rumah menerusi ejen hartanah atau jurunilai yang dilantik.

3. Pastikan anda mendapatkan khidmat nasihat dari pegawai bank yang menguruskan loan rumah anda. Dari situ anda akan mendapat makluman mengenai amaun loan yang boleh dibuat.



4. Sekiranya anda sudah mengetahui harga pasaran rumah, bandingkan pula dengan kelayakan loan anda.

5. Jika semuanya lancar, anda boleh teruskan hasrat untuk refinance rumah tersebut.

6. Dalam proses tersebut, anda akan ditawarkan khidmat peguam dari pihak bank, namun anda juga boleh memilih peguam sendiri.

7. Anda juga harus membuat pilihan untuk insurans rumah sama ada MLTT atau MRTT.

8. Sebaik sahaja anda setuju dengan semua urusan tersebut, anda perlu menandatangani offer letter dari pihak bank. Selebihnya peguam akan uruskan sehingga anda mendapat wang hasil refinance rumah tersebut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Cerita ini klik button di bawah
Powered by Blogger.