10 jenis scam (penipuan) yang paling popular di Malaysia

1. Jual beli tanah
Berpura-pura menjual tanah yang berpotensi dijadikan tapak kilang atau tanah pertanian dengan harga lebih murah berbanding harga pasaran.

2. Bomoh buang sial
Mampu mengubati pesakit dari roh jahat atau nasib malang dengan meminta bayaran yang ditetapkan.

3. Jual beli kereta
Sindiket mencari mangsa yang memiliki kereta tapi belum menyelesaikan pinjaman atau bermasalah membuat bayaran ansuran dengan bank.

4. Tawaran pakej haji dan umrah
Menyamar kakitangan Lembaga Tabung Haji atau wakil syarikat agensi pelancongan yang menawarkan pakej haji serta umrah pada harga murah dan cepat.

5. Menyewa tanah untuk pembinaan pencawang telekomunikasi
Menyamar sebagai wakil syarikat telekomunikasi yang ingin menyewa tanah untuk mendirikan pencawang dengan bayaran sewa bulanan yang lumayan.



6. Menang hadiah utama loteri
Mereka mendakwa memenangi hadiah utama tetapi tidak boleh menuntut hadiah kemenangan dan menjual loteri kepada mangsa.

7. Beli barang runcit dengan cek palsu
Sindiket membeli barangan runcit namun pembayaran dibuat dengan sebahagian kecil menggunakan tunai. Manakala, sebahagian besarnya menggunakan cek.

8. Menjual barangan Jabatan Kastam
Sindiket mendakwa memilik barangan seperti telefon bimbit, kereta dan komputer yang hendak dijual dengan harga murah kononnya barang lelongan kastam.

9. Menang peraduan
Menghantar khidmat pesanan ringkas SMS yang memberitahu anda memenangi hadiah peraduan dan meminta membuat bayaran ke satu bank terlebih dulu.

10. Gores dan menang/Cabutan bertuah
Pelanggan akan diberi kad dan diminta menggores untuk mengetahui hadiah dimenangi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Artikel ini

No comments

Powered by Blogger.