Tayar motosikal mudah bocor, selalu pancit


Saya menggunakan Modenas Kriss MR1 dan sering menghadapi masalah dengan tayar motosikal mudah pancit. Saya ingin menukar rim biasa kepada rim sport. Adakah pemasangan rim sport boleh menjejaskan motosikal?

Jawapan:

Masalah tayar pancit mungkin disebabkan terdapat benda asing di dalam tayar sehingga menyebabkan tiub mengalami kebocoran.

Ada masanya, tayar yang mengalami kerosakan menyebabkan dawai halus pada ruang dalam tayar terkeluar sehingga menyebabkan dawai halus pada ruang dalam tayar terkeluar sehingga kerap mengalami kebocoran tayar. Periksa dengan mekanik apabila menukar tiub atau tayar baru.

Tidak dinafikan penggunaan rim sport lebih baik berbanding rim keluli yang dibekalkan pada motosikal baru kerana ia berat. Binaan rim sport lebih teguh dan mengurangkan kemungkinan ia berubah bentuk apabila digunakan dalam keadaan ekstrem.



Perubahan ini memang tidak dapat dilihat denganmata kasar dan berlaku hanya sekejap saja sewaktu membelok, namun ia dapat dirasakan.

Pemilihan rim sport membolehkan penggunaan tayar tidak bertiub yang jauh lebih teguh dan selamat untuk tunggangan seharian.

Tayar tidak bertiub lebih tahan lama dan selamat berbanding tayar menggunakan tiub.

Ini kerana andai tayar berkenaan bocor, ia tidak kehilangan angin secara mendadak hingga menyebabkan hilang kawalan motosikal.

Kualiti campuran getah tayar tidak bertiub juga lebih baik berbanding tayar bertiub kerana ia direka untuk menyimpan tekanan angin dalam tayar.

Penggunaan sport rim lebih ringan sebenarnya meningkatkan kuasa motosikal kerana peningkatan nisbah kuasa dengan berat (power-to-weight ratio).

Kuasa yang sedia ada dapat menggerakkan motosikal dengan lebih baik kerana berat bebanan keseluruhan sudah menurun.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Artikel ini

No comments

Powered by Blogger.