Punca motosikal kurang pecutan dan enjin terasa berat

Saya menggunakan Yamaha 125z yang dibeli kira-kira 10 tahun lalu dan sering menggunakannya pada jarak 100 kilometer setiap hari. Masalahnya sekarang, saya mendapati kelajuan menurun dan enjin terasa berat untuk memecut. Apakah yang patut saya lakukan untuk mengembalikan keadaan asal motosikal supaya ia bertenaga semula?

Jawapan:

Terdapat beberapa kemungkinan punca ia berlaku seperti masalah penyelarasan karburator atau kerosakan palam pencucuh sehingga menyebabkan percikan api tidak lancar. Untuk mengenal pasti masalah sebenar, tunggang motosikal dalam keadaan berbeza seperti memecut atau sekata di jalan lurus.



Sekiranya perkara sebegini berlaku, ia mungkin disebabkan ekzos terlalu lawas kerana bekalan api palam pencucuh tidak mencukupi atau campuran bahan api tidak tepat.

Enjin yang terasa berat mungkin boleh dibaik pulih dengan melakukan baik pulih. Dalam erti kata lain, baik pulih itu perlu dilakukan menurut spesifikasi dicadangkan pengeluar enjin dan semua kelegaan setiap komponen perlu diperiksa bagi memastikan ia berada dalam julat disyorkan. Pastikan kerja baik pulih dilakukan mekanik berpengalaman dan menggunakan alat ganti tulen selain menepati spesifikasi kelegaan dikeluarkan pengeluar motosikal.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Artikel ini

No comments

Powered by Blogger.