Pisang buah Syurga yang diceritakan didalam al-Quran


Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,



Pisang antara buah-buahan yang disebut dalam al Quran. Dalam Surah al Waqiah, Allah SWT menceritakan keistimewaan pisang sehingga ia terpilih sebagai buah di dalam syurga. Malah, Allah turut menggambarkania terlalu indah dengan susunannya.

Firman Allah SWT: "Dan golongan kanan, alangkah bahagianya golongan kanan itu. Berada di antara pohon bidara yang tidak berduri dan pokok pisang yang bersusun-susun (buahnya) dan naungan yang terbentang luas dan air yang tercurah dan buah-buahan yang banyak, yang tidak dilarang mengambilnya dan tilam tebal yang empuk, sesungguhnya Kami menciptakan mereka (bidadari) secara langsung." (Surah al Waqiah, ayat 27 hingga 35)

Buah tropika ini bukan hanya mempunyai khasiat yang tinggi dari segi pemakanan, malah ia mudah didapati sepanjang musim.

Pisang mampu meransang penghasilan hemoglobin dalam darah yang sekali gus membantu mengatasi masalah anemia. Memasukkan pisang dalam diet harian mampu membantu mengembalikan tindakan usus yang normal dan mengatasi masalah sembelit tanpa perlu menggunakan bahan laksatif kerana kandungan serat tinggi dalam pisang.



VIRALKAN ARTIKEL DI ATAS
Klik button Facebook, Twitter, WhatsApp di bawah




Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.