Kisah di sebalik lawak seniman S Shamsuddin

توليسله اڤ يڠ كاو ليهت، چاتتله اڤ يڠ كاو فيكيركن، بيار مريك ايت تاهو بهاوا ملايو ايت بوكن سمواڽ بوليه دڤربودوهكن. كيت اومت ملايو بڠسا يڠ بردولت، اڬام اسلام منجاديكن كيت هيدوڤ برمرواه، برجواڠله ممباڠونكن بڠسا، منڬقكن اڬام دان ممڤرتاهنكن نڬارا. ايڠتله ڤسانكو اين، بيار ڤوتيه تولڠ، جاڠن ڤوتيه مات


Apabila kita menonton siri BUJANG LAPOK kita telah disajikan dengan lawak jenaka spontan yang tidak pernah jemu untuk di tonton walaupun telah berulang kali kita menontonnya. Lawak jenaka yang dipertontonkan masih segar sehingga ke hari ini dan juga masih mampu membuat kita generasi sekarang ketawa dan terhibur.

Bercerita tentang BUJANG LAPOK tidak sah jikalau kita tidak menceritakan tentang salah seorang pemain karektor utama dalam filem berkenaan. Seniman S.SHAMSUDDIN atau nama sebenarnya SHAMSUDDIN BIN DALI adalah seorang watak penting yang memainkan peranan dalam menghidupkan lawak jenaka bersama P.RAMLEE dan AZIZ SATTAR. Satu kehebatan SUDIN dalam berlawak, beliau adalah seorang yang tidak memerlukan skrip dalam menterjemahkan dialognya disamping permainan memek mukanya sangat berkesan sehingga mempu membuat penonton yang melihat ketawa walaupun tidak berdialog.

Salah satu rahsia yang beliau amalkan untuk membuatkan beliau sebati dengan pelbagai jenis lawak ialah dengan menggunakan kerengga. Menurut S.SUDARMAJI, SUDIN akan berlatih seorang diri dengan meletakkan kerengga di atas batang hidungnya dan membiarkan kerengga itu berkeliaran di mukanya. Dengan cara ini SUDIN dapat membuat senaman muka bagi mengelakkan beliau berasa geli akibat berkeliarannya kerengga itu tadi. Secara tidak langsung SUDIN telah melakukan teknik memek muka yang natural bukan dibuat buat.

Di kehidupan yang sebenar SUDIN bukanlah seorang yang suka berlawak seperti yang kita boleh lihat karektornya di dalam filem. Beliau seorang yang serius dan kurang bercakap banyak. Jarang kita melihat SUDIN berkongsi secara berlebihan tentang pengalamannnya bersama P.RAMLEE mahu pun kenangannya di Jalan Ampas apabila beliau ditemuramah. Pernah terjadi satu kisah apabila ada seseorang telah membuatkan SUDIN marah dan cara SUDIN melepaskan kemarahannya itu adalah dengan membaca Al-Quran dengan kuat di tengah panas. Menurut seniman Wahid Satay, sangat susah untuk mendominasi pentas apabila beliau seringkali digandingkan dengan SUDIN ketika melakukan stand up comedy bersama. Kalau kita ada kuncinya baru berjaya kita diamkan SUDIN katanya.

Itulah serba sedikit perkongsian tentang sifat keperibadian seorang pelawak yang sangat berkarisma di era nya. SUDIN sentiasa berada di dalam kelasnya yang tersendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Cerita ini klik button di bawah
Powered by Blogger.