Enjin motor bergegar kuat apabila memecut, hilang kuasa

توليسله اڤ يڠ كاو ليهت، چاتتله اڤ يڠ كاو فيكيركن، بيار مريك ايت تاهو بهاوا ملايو ايت بوكن سمواڽ بوليه دڤربودوهكن. كيت اومت ملايو بڠسا يڠ بردولت، اڬام اسلام منجاديكن كيت هيدوڤ برمرواه، برجواڠله ممباڠونكن بڠسا، منڬقكن اڬام دان ممڤرتاهنكن نڬارا. ايڠتله ڤسانكو اين، بيار ڤوتيه تولڠ، جاڠن ڤوتيه مات


Saya menggunakan motosikal Honda EX-5 dan mengalami masalah enjin bergegar kuat ketika memecut antara kelajuan 80km/j hingga 100km/j. Kenapa perkara ini berlaku?

JAWAPAN :

Lazimnya masalah itu berlaku akibat tahap melahu (idle) enjin terlalu tinggi selain percikan api pada palam pencucuh lambat dan tidak menepati tahap diperlukan. Ini menyebabkan operasi enjin tidak lancar.

Masalah hilang kuasa pula timbul apabila pendikit dilepaskan sedikit bagi mengurangkan bebanan terhadap enjin. Anda dinasihati supaya membuat penyelarasan semula bagi memastikan enjin berada dalam keadaan optimum.

Gegaran enjin lazimnya menjadi lebih ketara apabila kita melebihi tahap rpm yang dihadkan pengeluar selain punca lain membayangkan tahap kehausan komponen enjin melebihi tahap kelegaan dibenarkan dan perlu dibaik pulih.

Ini kerana enjin haus dan bergegar apabila beroperasi serta menyebabkan gegaran. Punca gegaran enjin ini boleh  datang daripada kehausan pelbagai bahagian enjin, sama ada daripada piston, gegalas utama dan klac.

Sekiranya gegaran disebabkan roda, ia boleh diatasi dengan melakukan imbangan tayar untuk mengenalpasti masalah sebenar, sama ada ia disebabkan tayar atau rimnya bengkok.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Cerita ini klik button di bawah
Powered by Blogger.