Beza kami hanya gaya rambut sahaja

توليسله اڤ يڠ كاو ليهت، چاتتله اڤ يڠ كاو فيكيركن، بيار مريك ايت تاهو بهاوا ملايو ايت بوكن سمواڽ بوليه دڤربودوهكن. كيت اومت ملايو بڠسا يڠ بردولت، اڬام اسلام منجاديكن كيت هيدوڤ برمرواه، برجواڠله ممباڠونكن بڠسا، منڬقكن اڬام دان ممڤرتاهنكن نڬارا. ايڠتله ڤسانكو اين، بيار ڤوتيه تولڠ، جاڠن ڤوتيه مات


Sikap perkauman dan prejudis tidak muncul didalam sanubari kanak-kanak..

KENTUCKY - AMERIKA SYARIKAT. Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun meminta agar rambutnya dipotong pendek sama dengan rakan baiknya lapor mirror.co.uk.

Jax Rosebush, memberitahu keinginan itu kepada ibunya, Lydia untuk kelihatan sama seperti rakan baiknya, Reddy  dengan alasan untuk mengelirukan cikgu mereka dengan gaya rambut yang sama itu.

"Saya dan Jax membincangkan tentang rambutnya yang semakin panjang dan dia kemudiannya memberitahu ingin memotong pendek rambutnya untuk kelihatan seperti rakan baiknya, Reddy.

"Jax juga tidak sabar untuk ke sekolah untuk menunjukkan rambut tersebut untuk mengelirukan gurunya," tulis Lydia di laman Facebook.

Lydia juga turut memuatnaik gambar anaknya bersama dengan Reddy untuk menunjukkan persamaan mereka, nyata kedua-duanya sangat berbeza.

Bagaimanapun, beliau merasa terkesan dengan permintaan anaknya itu di mana di mata Jax, perbezaan dia dan rakannya hanyalah pada gaya rambut sahaja.

"Ini merupakan bukti bahawa kebencian dan sikap prejudis adalah sesuatu yang diajar pada masa kini. Lihatlah, pada Jax, perbezaan dia dan Reddy hanyalah pada gaya rambut sahaja," katanya lagi.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Cerita ini klik button di bawah
Powered by Blogger.