Tiga (3) cara mencuci pakaian terkena dakwat




Terdapat beberapa cara untuk mencuci pakaian yang terkena dakwat biasa :

 Cara pertama


  1. Basuh di bawah curahan titikan air paip atau air dari mulut cerek, teko atau kole bagi mengurangkan dakwat itu.
  2. Bancuh sedikit susu dengan sedikit air, biar pekat.
  3. Celup atau rendamkan pakaian yang bertanda itu ke dalamnya selama 20-25 minit.
  4. Basuh, bilas dan jemurkan seperti biasa.

Cara kedua

  1. Sama seperti cara pertama.
  2. Titikkan air limau nipis yang bercampur dengan garam kebahagian yang bertanda dakwat itu. Gosok-gosokkan.
  3. Biarkan kira-kira 20-25 minit.
  4. Dibasuh, bilas dan jemur seperti biasa.

Cara ketiga

  1. Sama seperti cara pertama.
  2. Bancuh sedikit garam dengan air limau dan kira-kira 1/2 liter air mendidih.
  3. Rendam bahagian yang bertanda itu beberapa minit (5-10 minit)
  4. Berus rata-rata kemudian basuh dan bilas seperti biasa.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Artikel ini

No comments

Powered by Blogger.