Teknik betul tukar palam pencucuh (Plug)

Palam pencucuh menyala melalui campuran udara dan minyak. ia mengeluarkan haba panas dari ruang pembakaran ketika enjin bergerak. Selepas kereta membuat perjalanan melebihi 48,000 kilometer. anda dinasihatkan supaya menukar palam pencucuh.

Sebelum menggantikan palam pencucuh baru, anda harus menyediakan beberapa jenis alat bagi meudahkan kerja pembaikan. Alat yang perlu adalah spanar pelbagai fungsi, alat merapatkan palam pencucuh serta buku panduan kereta.

Buka bonet dan cari palam pencucuh yang terletak di bahagian tepi bersebelahan enjin bersambung dengan wayar sambungan tebal, dipanggil wayar palam pencucuh.

kereta dengan enjin berbentuk-V mempunyai set palam pencucuh di kedua-dua belah enjin. Lihat keadaan palam pencucuh kereta anda. Palam pencucuh dalam keadaan baik berwarna kelabu.

Palam pencucuh dengan warna hitam atau bahagian elektrodnya rosak, perlu diganti baru.

Oleh kerana terdapat lebih dari satu palam pencucuh, ketika menggatikannya, anda perlu lakukannya satu persatu.

Seperkara lagi, gantikan ketika kereta tidak digunakan atau enjin dalam keadaan sejuk.

Untuk menukar palam pencucuh, tarik wayar bersambung ke salah satu palam pencucuh. Anda mendapati lapisan getah di penghujungnya perlu ditarik keluar. Berhati-hati supaya ia tidak rosak atau terputus. Selepas menarik wayar keluar, tiup atau lap semua kekotoran pada palam pencucuh.

Berhati-hati supaya tiada kekotoran memasuki silinder sewaktu palam dibersihkan.

Dengan menggunakan soket palam pencucuh dan spanar, keluarkan palam pencucuh dengan memutarkan mengikut arah lawan jam.

Anda mungkin terpaksa menggunakan alat sambungan pada spanar, keluarkan palam pencucuh dengan memutarkan mengikut arah lawan jam.

Anda mungkin terpaksa menggunakan alat sambungan pada spanar sekiranya ia terletak lebih dalam dan tidak dapat dicapai.

Melalui buku panduan kereta, anda perlu mencari senarai mengenai 'jurang' yang sesuai bagi palam pencucuh baru sebelum memasangnya.

Selepas mengetahui 'jurang' sesuai, masukkan alat 'gapping' palam pencucuh dalam jurang antara elektrod palam pencucuh di bahagian tengah dan sisinya.

Ketatkan palam pencucuh menggunakan tangan anda supaya ia terletak di tempatnya. Jika ada sebarang rintangan, anda perlu berhenti dan mulakan kembali bagi mengelakkan masalah.

Kemudian, ketatkan palam pencucuh menggunakan spanar soket tetapi tidak terlalu ketat. Sambungkan wayar palam pencucuh sehingga anda dengar bunyi 'pop' menandakan wayar telah bersambung betul.

Sesudah itu, anda boleh hidupkan enjin kereta dan dengar dengan teliti. Adakah ia berbunyi kasar atau enjin tidak dapat dihidupkan sama sekali.

Jika ini berlaku, pastikan sambungan wayar pada palam pencucuh dimasukkan dengan betul. Satu perkara yang perlu anda tahu, jika palam pencucuh tidak dimasukkan dengan betul enjin kereta sukar dihidupkan, ia boleh meningkatkan kadar penggunaan minyak serta enjin kereta mengeluarkan bunyi bising luar biasa.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Artikel ini

No comments

Powered by Blogger.