Perkara yang mesti dijauhi oleh penuntut ilmu


Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,




1. Menuntut ilmu bukan kerana Allah.

Dari Abu Hurairah رضى الله عنه, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : "Barang siapa menuntut ilmu yang seharusnya diniatkan untuk mencari redha Allah, tetapi la tidak menuntutnya kecuali kerana untuk menggapai kenikmatan dunia, maka ia tidak akan mencium bau syurga di hari kiamat." (HR Ahmad, Abu Dawud, dan Ibnu Majah)

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : "Barang siapa menuntut ilmu untuk membantah orang bodoh, atau berbangga di hadapan para ulama, atau mencari perhatian manusia, maka dia masuk neraka." (HR Ibnu Majah dalam Muqaddimah, 253)

2. Meninggalkan amal.

Sayyidina Ali Bin Abi Thalib كرم الله وجهه berkata : "Ilmu senantiasa memanggil amal, jika amal menjawab panggilannya maka ilmu akan diam dan tetap, tetapi jika amal tidak menjawabnya maka ilmu tersebut akan pergi." (Lihat Jami' Bayanil llmi :2/11)

3. Perbuatan dosa dan maksiat.

Sayyidina Abdullah Bin Mas'ud رضى الله عنه berkata : "Sungguh saya mengira seseorang lupa terhadap ilmu yang pernah ia pelajari disebabkan perbuatan dosa yang ia lakukan." (Lihat Al-Jami':1/196)


VIRALKAN ARTIKEL DI ATAS
Klik button Facebook, Twitter, WhatsApp di bawah




Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.