Kisah disebalik jenama Stabilo

Sekiranya anda ada kisah atau apa sahaja yang hendak admin kongsikan ke dalam blog ini, terus WhatsApp admin di 0149678920



Bagi pelajar dan kakitangan pejabat, jenama stabilo sudah tidak asing lagi kerana mereka sering menggunakan alat tulis dari jenama itu. Stabilo merupakan pembuat dan pengeluar pen untuk menulis, mewarna dan pen penanda (highlighter) untuk kegunaan pejabat, yang terbesar di dunia, turut mengeluarkan pensel untuk kosmetik.

Pada mulanya, syarikat itu dikenali sebagai Grossberger & Kurz Bleisfitfabrik, yang bertapak sejak di Nuremberg, Jerman.

Pada 1865, Gustav Adam Schwanhausser, seorang kerani berusia 25 tahun, membeli syarikat itu, yang dibelenggu masalah hutang, ketika itu.

Bagaimanapun, dalam masa beberapa tahun, Gustav berjaya memulihkan perniagaan tersebut dan menamakan semula kepada Schwan Bleistift Fabrik, sempena singkatan pertama dalam nama keluarganya. Bermula dari sini, logo angsa sebagai tanda niaga mula digunakan.

Walaupun menghadapi persaingan sengit dalam pasaran ketika itu, namun Shwan Bleistift Fabrik berjaya menjadi antara pengeluar pensel utama di Bavaria, sekitar 1880.

Dalam tahun yang sama juga, produk Stabilo banyak dieksport ke negara asing seperti Rusia, Mesir, Greece dan lain-lain. Pada 1909, Stabilo menghasilkan pen kosmetik 'Dermatograph' dan digunakan pakar bedah untuk menandakan kulit.

Ketika kemelesetan besar, Stabilo mempunyai tiga jenama, iaitu pensel premium Stabilo, pensel Othello (untuk pasaran besar-besaran) dan pensel swano tanpa toksik (untuk kanak-kanak).

Daripada Schwan Bleistift Fabrik, syarikat itu kemudian dijenamakan semual sebagai Schwan-Stabilo pada 1976, bagi memberi penghormatan kepada keluarga Schwanhausser. Kemudian pada 1992, Schwan-Stabilo dipecahkan kepada dua syarikat, iaitu Schwan-Stabilo Cosmetics dan Schwan-Stabilo (untuk alat-alat tulis).

Syarikat kini berpangkalan di Heroldsberg, Jerman dan mempunyai tiga anak syarikat pengeluaran.

Salah satu anak syarikatnya adalah Swan Malaysia, terletak di Johor Bahru, Johor yang ditubuhkan pada 1976, dengan mengeluarkan pen mata bola (ballpoint). Dua lagi anak syarikatnya terletak di Jerman (pen 'heightlighter') dan republik Czech (pensel berasaskan kayu).

Sehingga kini, Stabilo mempunyai pelbagai jenis pen dan pensel, denganbreka bentuk yang berlainan untuk kegunaan pelanggannya di semua peringkat umur.


Jika anda ada perniagaan dan produk Muslim yang hendak admin viralkan sila WhatsApp kami >Klik Disini<
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sila viralkan artikel di atas dengan klik button share WhatsApp, Facebook, Twitter dan lain-lainnya dibawah ini

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.