13 masalah kereta yang selalu terjadi..


Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,




1. Tempat Cucuk Rokok Tak Function :
Check Fius, Kemungkinan Fius Dah Terbakar.. Atau Paling Rare Wiring Tercabut.. Yang Ni Kena Bukak Armrest Tapi Jarang Terjadi Kalau Tak Penah Bukak Armrest.. Biasa Memang Fius Yang Terbakar..

2. Air Masuk Kat Dalam Kereta :
Ni Biasanya Berlaku Bila Hujan Lebat.. Bila Check Besok Nak Masuk Kereta, Basah Dah Lantai.. Check Getah Pintu, Takut Ada Yang Dah Seasoned @ Koyak.. Atau Check Dalam Doortrim Plastik Tu Gam Kuat Tak Untuk Tutup Semua Lubang Pintu Tu.. Kadang2 Air Aircond Leaking Pun Boleh Jadi Jugak.. Try Test Salah Satu Tengok..

3. Kereta Bunyi Meletup "Ktakkk" Macam Besi Berlaga Kat Bahagian Tayar :
Ni Biasanya Mounting Absorber.. Try Tengok Mounting Absorber Elok Lagi Tak..

4. Bila Corner Berbunyi :
Ni Selalunya Driveshaft. Try Usha Bahagian Driveshaft Tengok Ok Lagi Tak Getah Driveshaft. Kalau Dah Terkoyak, Atau Minyak Dah Memancut2, Dah Sampai Masa Tukar..

5. Stereng Tak Centre :
Biasanya Allignment Dah Lari Tak Dapat Nak Dikejar.. So Kena Buat Allignment Kat Kedai.. Kalau Reti Buat Sendiri Pun Ok.. Kadang2 Getah Bush Stereng Rack Dah Seasoned.. Kena Tukar Jugak..

6. Foglamp Asyik Terbakar :
Yang Ni Aku Kurang Mahir.. Tapi Biasanya Terjadi Kalau Pakai Foglamp Cap Ayam @ Mentol Murah Punya & Bukan Original.. Atau Mungkin Wiring Problem.. Try Tanya Banjar Laa Sebab Dia Sorang Je Yang Aku Kenal Setakat Ni Ada Buat Servis Pasang & Checking Foglamp..

7. LogoTeko @ "Check Engine" Menyala :
Yang Ni Hangpa Kena Bawak Pegi Bengkel Yang Boleh Scan Logo Tu Untuk Tau Error Codenya.. Kebiasaannya O2 Sensor, Tapi Untuk Kepastian Kena Bawak Pegi PDT Baru Dapat Tahu..

8. Kereta Tak Boleh Start, RPM Naik Sampai Merah :
Yang Ni Crank Sensor Rosak.. Dah Banyak Member Aku Kena.. Kereta Kalau Boleh Start Pun, Kejap Je Boleh Jalan Lepastu Dia Mati Balik..

9. Kereta Tak Boleh Start :
Check Bateri.. Untuk Kepastian, Aku Sarankan Beli Volt Checker Untuk Tengok Voltage Bateri Sebelum & Selepas Start Enjin. Kebiasaan Sebelum Start Enjin Ialah 12V, Selepas Start 13V --> 14V.. Kalau Sebelum Start Lagi Bacaan Bawah 11V Atau 10V, Bateri Dah Kong Atau Nak Kong.

10 Camne Nak Tau Alternator Okay Lagi Ke Tak :
Yang Ni Elok Bawah Pegi Bengkel Atau Kedai Bateri Sebab Diorang Ada Meter Boleh Check Bateri & Alternator.. Tapi Kebiasaannya Orang Buat, Try Start Kereta. Lepas 2 Minit Macam Tu Cabut Wayar Negatif (Hitam) Bateri.. Kalau Enjin Terus Mati, Alternator Problem..

11. Lampu Dalam Kereta Tak Menyala, Meter Tak Nyala, Alarm Tak Boleh Guna, Bila Break Akan Bagi Double Signal :
Ni Biasanya Memori Fuse.. Aku Pernah Kena.. Dari Klang Sampai Ke Rumah Aku Bila Break Je Bagi Double Signal.. Memang Nampak Menarik Tapi Sebenarnya Sakit Hati Jugak.. Bukak Bonet Depan, Check Memori Fuse (10A) Terbakar Ke Tak.. Kalau Gen2, Dia Ada Bersalut Dengan Housing Kuning..

12. Bila Duduk Dalam Kereta, Gegar Macam Tengah Mengurut :
Mounting Enjin.. Ada 4 Ketul.. Kasi Tukar Terus Semuanya.. Kalau Dah Rasa Stereng Tu Gegar, Bila Pegang Pun Gegar, Mounting Enjin La Tu Dah Seasoned..

13. Horn Tiba2 Bunyi, Stereng Bunyi Seakan Berpasir, Button Volume Gila :
Ni Problem Clock Spring. Dalam Stereng Duduknya.. Memang Selalu Jahanam Benda Ni.Aku 2 Kali Tukar, Penyudahnya Tukar Stereng Lain.. Hahaha.. So Pada Yang Ada Problem Ni, Tukar Clock Spring Je, Anggaran Harga Dari RM120-RM300 Tengok Tempat..






VIRALKAN ARTIKEL DI ATAS
Klik button Facebook, Twitter, WhatsApp di bawah




Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.