Tips beli rumah

Jika ada cerita yang menarik atau produk perniagaan yang mahu kami viralkan, sila Whatsapp kami di 014-9678920


Sementara anda nak tunggu update video budak Raver lawan budak Hipster kat KLCC tu, boleh la baca sikit tips ni. Ada jugak faedahnya kan.

Apa yang bakal pembeli rumah perlu tahu sebelum membeli rumah.

Jika anda merancang untuk membeli rumah pertama, saya kongsikan beberapa tips ringkas untuk panduan anda.

Tips 1.
Tentukan apa hartanah/rumah yang anda nak beli.

Anda boleh merancang nak beli rumah apa dan perlu tahu rumah apa yang anda nak beli. Set dalam kepala apa yang anda nak beli. Make sure rumah/hartanah anda nak beli adalah mengikut kemampuan anda dan tahu tujuan membeli rumah/hartanah tersebut.

Tips 2.
Tentukan lokasi.

Anda perlu buat kajian dan research kat mana nak beli rumah tu. Kalau boleh spend masa sikit dalam sehari atau weekend tu pergi ke tempat atau lokasi kita nak beli tu. Lokasi ni subjektif sikit, Ia bergantung kepada tujuan anda nak beli. Sama ada untuk own stay atau investment, kriteria ia mungkin berbeza.

Tips 3.
Kumpul listing.

Bila anda dah set target kat mana nak beli, kumpulkan dan rekodkan potential rumah yang anda nak beli. Sekarang ni senang je nak cari listing. Kalau online search je kat mudah.my, iproperty, propwall, propertyguru, propsocial, facebook page, website estate agent dan banyak lagi. Kalau offline boleh pergi ke kawasan atau lokasi anda nak beli tu. Cari banner (yang legal je), call agent-agent rumah tu or pergi ke management office.

Tips 3.
Bersedia dari segi kewangan.

Sebelum beli tu, prepare dulu financial anda. Kumpul duit untuk deposit dan kos pembelian. Bank statement dan statement of income pun kena bagi cantik supaya senang loan anda nak lulus (kalau anda apply loan). Kalau beli cash, boleh ignore je tips ni. Hehe

Tips 4.
Ketahui kos yang terlibat.

Kos untuk beli rumah baru (beli dari developer), rumah subsale (beli dari owner) dan rumah lelong adalah berbeza. So anda kena study kos-kos yang terlibat.

Tips 5.
Jangan menggelabah dan terburu-buru (tapi kena cepat).

Ni memang biasa terjadi kat pembeli rumah pertama. Dah pergi tengok rumah, dah minat dah suka, ambil masa sikit sebelum letak booking fee tu. Pastikan keadaan rumah ok, maklumat rumah betul dan yang penting harga rumah adalah berbaloi (kalau boleh nego, nego lagi. Tapi kalau dah berbaloi, jangan la push sangat. Hehe). Jangan bila kena pressure dengan agent/owner/salesperson, anda terus menggelabah bayar. Jangan emosi ya.

Ok tu je yang saya boleh share buat masa ni. Sonang ja nak buat. Yang penting anda kena rajin. Buat la kerja sikit.

Kalau nak further explanation berkaitan hartanah, boleh PM saya or nak maklumat lebih padu, boleh tanya boss saya Muslih Thani.
#mnkl



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Artikel ini

No comments

Powered by Blogger.