Rumah persaraan alternatif kediaman warga emas


Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,


Baru-baru ini terdapat berita individu meninggalkan ibu bapa mereka di pusat kebajikan dan terus melenyapkan diri yang menimbulkan isu tentang penjagaan warga emas dan cabaran oleh masyarakat untuk menyediakan rumah bagi golongan ini.

Terdapat juga anak yang mengambil berat tetapi jarang dilihat melawat ibu bapa di pusat penjagaan disebabkan kekangan pengangkutan, kurang kemampuan untuk menyara atau kesibukan kerja.

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim baru-baru ini, pihak kerajaan tidak akan menambah rumah kebajikan untuk warga emas bagi menggalakkan penjagaan oleh keluarga mereka sendiri.

Situasi ini perlu diambil perhatian kerana penjagaan warga emas memerlukan ruang kediaman yang kondusif, kemudahan dan kelengkapan yang sesuai dengan tahap kesihatan mereka selain komitmen individu berkenaan untuk memantau keadaan kesihatan warga tua di rumah mereka.

Di samping itu, warga emas juga memerlukan aktiviti bagi membolehkan mereka berkomunikasi dan tidak rasa tersisih. Setakat ini, menurut unjuran Jabatan Perangkaan Malaysia, jumlah mereka yang berusia 60 tahun keatas di Malaysia keseluruhannya dijangka mencecah 2.96 juta pada tahun ini.

Angka ini menenjukkan 9.3 peratus daripada keseluruhan jumlah penduduk Malaysia dan dijangka meningkat 11.1 peratus pada 2020 dan melebihi 15 peratus menjelang 2030.

Secara amnya, tidak banyak penyediaan rumah yang sesuai dengan individu yang memiliki komitmen bagi penjagaan ibu bapa yang lanjut usia dilihat pada waktu ini.

Majoritinya adalah rumah penjagaan orang tua atau rumah kebajikan yang disediakan badan kerajaan dan bukan kerajaan.

Di negara yang berhadapan dengan situasi ini mereka mewujudkan sistem kediaman yang dikenali rumah persaraan seperti Australian Unity Mt Eymard di Australia.

Skim ini bertujuan menempatkan warga emas secara khas dengan pakej kemudahan tertentu mengikut kehendak dan keperluan semasa individu yang bakal menduduki rumah persaraan itu.

Pada peringkat tempatan, penyediaan rumah seperti ini adalah terhad dan berpotensi tinggi. Kadar permintaan untuk rumah persaraan moden dengan kelengkapan khidmat penjagaan geriatrik dan paliatif dijangka semakin bertambah dengan faktor seperti pertambahan penduduk, jangka hayat lebih panjang, peningkatan pendapatan dan gaya hidup moden.

Operasi dan perlakasaan skim rumaha persaraan membabitkan pelbagai sektor seperti hartanah, perubatan dan pengurusan hospitaliti.





VIRALKAN ARTIKEL DI ATAS
Klik button Facebook, Twitter, WhatsApp di bawah



Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.