Meninjau trend pelabur hartanah tahun 2017


Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,



Tinjauan keseluruhan pasaran hartanah pada tahun depan dijangka masih perlahan berikutan pelbagai cabaran yang perlu dihadapi antaranya peningkatan kos sara hidup, masalah mendapatkan pinjaman bank dan kadar pengangguran graduan.

Bagi masalah mendapatkan pinjaman  contohnya, kadar pinjaman yang ditolak di Mlaaysia kira-kira 40 peratus yang antara lain disebabkan pembayaran pinjaman pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan pinjaman kad kredit.

Walaupun propek hartanah suram, ia bukan secara langsung menjejaskan peluang pasaran hartanah di Malaysia, malah masih ada peluang yang boleh dicari pelabur bijak.

#Trend_1

Rumah di bawah harga pasaran

Dengan kelembapan ekonomi pada masa ini, kenaikan kos sara hidup dan garis panduan bank yang ketat, membeli rumah di bawah harga pasaran boleh menguntungkan pembeli.

Pembeli yang bijak mendapatkan rumah di bawah nilai pasaran mampu mendapat rumah dibawah nilai pasaran mampu mendapat pulangan lebih baik sama ada untuk dijadikan kediaman sendiri atau menjualnya semula.

Bagi sudut pelaburan, pembeli juga boleh menyewakan aset berkenaan. Oleh kerana kos perolehan lebih rendah, kita boleh mengenakan hasil sewaan lebih tinggi sama ada boleh menampung ansuran pinjaman perumahan atau lebih baik mendapat sedikit keuntungan daripada nilai sewaan berkenaan.

Bagaimanapun, khidmat ejen dan peguam juga perlu dititikberatkan bagi membantu mendapatkan rumah yang bersesuaian serta mampu memberi pulangan kepada pembeli.

Kita juga perlu bersedia dari aspek kewangan tambahan seperti yuran penyelengaraan tertunggak, bil utiliti dan cukai tanah bagi hartanah itu.

#Trend_2

Pembangunan berorientasikan transit (TOD)

TOD merujuk pembangunan hartanah kediaman dan komersial di kawasan pengangkutan awam yang matlamat pembangunannya bagi memaksimumkan akses rakyat kepada perkhidmatan pengangkutan awam.

Dengan perlaksanaan TOD ia menggalakkan penggunaan pengangkutan awam dalam kalangan rakyat, sekali gus meningkatkan permintaan hatanah di kawasan berkenaan.

Kejiranan TOD biasanya mempunyai pusat tumpuan dengan stesen transit atau perhentian tren transit atau perhentian tren yang dikelilingi oleh pembangunan berkepadatan tinggi dan hartanah di kawasan seumpama ini adalah bernilai tinggi.

#Trend_3

Hotel suite

Penyusutan nilai ringgit tidak semestinya membayangkan secara langsung ekonomi Malaysia. Malah, kejatuhan unit tempahan itu membantu meningkatkan jumlah pelancong dan perbelanjaan dalam negara ini.

Justeru, satu produk hartanah yang mungkin boleh dipertimbangkan pada tahun depan ialah suite hotel. Pasaran yang mungkin boleh diberi tumpuan bagi hartanah itu termasuk di Melaka, Iskandar Malaysia, Kuala Lumpur dan  Pulau Pinang.

Bagaimanapun, perlu dipastikan ia mempunyai pengurusan yang baik, terletak di lokasi strategik dan menjadi tarikan seperti pusat beli-belah.

#Trend_4

Unit Runcit

Unit runcit berkaitan rapat dengan penyusutan ringgit dan hotel suite berikutan pelancong luar akan bertumpu ke Malaysia untuk membelanjakan duit mereka di negara ini.

Apabila membuat pelaburan dalam unit runcit, apa yang perlu dipastikan ialah memiliki pemaju yang mempunyai reputasi baik kerana ia boleh memberi gambaran kepada nilai pelaburan yang bakal diperoleh.

Pembangunan terbaik yang boleh didapatkan ialah pembangunan bercampur iaitu kediaman, hotel dan runcit kerana ia memberi lebih banyak kelebihan.

#Trend_5

Penginapan jangka pendek

Asrama, inap desa dan pelbagai penginapan yang ditawarkan menerusi perkhidmatan menerusi Airbnb.com antara contoh penginapan jangka pendek yang mendapat permintaan tinggi, apatah lagi dengan faktor kejatuhan ringgit yang menyebabkan orang ramailebih berhati-hati untuk berbelanja.

Menerusi perkhidmatan yang disediakan laman web Airbnb.com misalnya, menyediakan kemudahan tempatan tinggal dengan saiz ideal sekurang-kurangnya 500 kaki persegi.

#Trend _6

Jualan semula rumah

Jika keperluan untuk mendapatkan rumah begitu mendesak, unit jualan semula boleh begitu mendesak, unit jualan semula boleh dipratikkan kerana ia menawarkan harga lebih murah dan sehingga kira-kira 30 peratus lebih rendah daripada unit pelancaran baharu




VIRALKAN ARTIKEL DI ATAS
Klik button Facebook, Twitter, WhatsApp di bawah




Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.