Duit kutu pun perlu zakat?



Adakah duit kutu tertakluk kepada zakat?, jika ya, apakah jenis atau kategorinya?

Ya, duit kutu juga tertakluk kepada kewajipan berzakat. Kedudukan duit kutu dalam kerangka zakat adalah termasuk dalam kategori al-mal al-mustafad (harta perolehan) melalui proses al-kasb (usaha yang dilakukan menerusi sistem kutu) dan bukannya sebagai simpanan.

Ini adalah kerana sifat duit kutu itu diperolehi dalam bentuk penggiliran yang dilakukan mengikut senarai ahli kumpulan peserta bahkan caruman yang dilaksanakan juga bukan diuruskan semata-mata oleh diri individu itu sendiri tetapi dilakukan oleh ramai pihak secara berjadual. Maka ia lebih sesuai dianggap sebagai bentuk perolehan dan bukan berkonsepkan simpanan.

Haul duit kutu?

Pandangan Imam Ibn Qudamah yang menyatakan jika harta yang baru diperolehi seseorang itu merupakan hasil daripada harta sedia ada padanya (seperti keuntungan daripada harta perniagaan), maka harta perolehan baru itu wajib digabungkan dengan harta sedia ada padanya dan zakat dikeluarkan bersama-samanya.

Jadi, haul bagi harta perolehan baru itu dikira bersekali dengan haul harta sedia ada kerana ia terhasil daripadanya dan daripada jenis yang sama.

Justeru, jika duit kutu yang diterima tersebut melebihi nisab, maka penerima duit kutu boleh memilih membayar zakatnya itu sama ada secara terus tanpa menunggu haul ataupun membuat pilihan untuk dicampur dan dizakatkan sekaligus bersama harta-harta lain apabila haulnya tiba (haul semasa yang sudah ada ditangan).

Adapun jika duit kutu terkumpul yang diterima kurang daripada nisab, maka duit tersebut perlu dicampurkan dengan harta sedia ada dan dizakatkan hanya apabila haulnya tiba. wallahu a'alam.

sumber : fiqah zakat, Ustaz Ahmad Husni Abdul Rahman , majalah al-Ustaz no 57.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Artikel ini

No comments

Powered by Blogger.