Bedah batin : apakah ada dalil menghalalkannya?

Jika ada cerita yang menarik atau produk perniagaan yang mahu kami viralkan, sila Whatsapp kami di 014-9678920



Pertamanya tiada bukti dalam Al-Quran dan Hadith bahawa amalan pembedahan batin ini mengikut syariat Islam.

Amalan ini HARAM dilakukan kerana pengamal mungkin menggunakan ilmu hitam, silap mata, perantaraan jin atau syaitan atau sihir khayalan atau nusrah semasa merawat.

Rawatan pembedahan batin adalah merupakan sejenis sihir dan perawatnya digelar atau termasuk didalam golongan kahin atau bomoh.

Didalam Konvensyen Perubatan Islam Nusantara yang berlansung di Univerisiti Malaya pada tahun 2012 telah mendedahkan beberapa kes didalam kertas kerja Pembedahan Batin iaitu :

Contoh : Terdapat seorang anak yang terkena barah otak. Sewaktu ingin melakukan pembedahan batin dan ibunya menemani anaknya berada didalam bilik pembedahan sambil membaca ayatul kursi tidak putus-putus (tanpa henti). Didalam waktu yang sama, ayahnya dan keluarganya sedang melihat anak ini dari luar yang kepalanya sedang dibelah menggunakan jari dan kelihatan darah, pada waktu yang sama ibu yang menemani anak ini hanya melihat kepala anaknya hanya sedang di belek-belek oleh perawat tersebut.

Pembedahan batin termasuk perkara mencarik adat, ini menunjukkan ia bukan karamah atau ma'unah sebaliknya lebih dekat kepada unsur-unsur sihir.

Pembedahan batin diyakini menggunakan khidmat jin atau qarin yang dikhuatiri boleh membawa kepada syirik berdasarkan nas-nas al-Qur'an dalam surah al-Jin ayat 6 dan Surah al-Zukhruf ayat 36 :

Maksudnya : Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Artikel ini

No comments

Powered by Blogger.