Tips tinggalkan kereta bagi tempoh yang lama.

Sila masukkan carian anda dibawah ini untuk mencari produk atau perniagaan Muslim




Ada yang berpendapat kereta akan mengalami kerosakan atau boleh menyebabkan prestasi menurun tanpa penjagaan yang berkala. Ini berikutan segelintir pengguna kenderaan di negara ini bukan saja menganggap sekadar alat pengangkutan, tetapi sebagai koleksi yang sangat disayangi.

Malah, ada segelintir daripada mereka jarang menggunakannya hingga diletakkan dalam garaj untuk tempoh yang lama. Bagaimanapun, jika kenderaan ditinggalkan tanpa dihidupkan dalam tempoh yang lama ia boleh menjejaskan prestasi kenderaan atau sukar dihidupkan.

Ada beberapa teknik untuk menyimpan kereta dalam jangka waktu lama sama ada dalam masa enam bulan hinggalah setahun tanpa mengurangkan prestasinya. Jika berhadapan dengan situasi itu, apa yang paling utama ialah meletakkan kenderaan di garaj yang kering dan redup.

Apa yang penting ialah mencabut kabel bateri kenderaan untuk mematikan arus elektriknya. Jika ditinggalkan terlalu lama ia boleh menyebabkan bateri itu menjadi lemah.

Isi penuh tangki bahan api jika menyimpan kenderaan lebih dari satu tahun, ia bertujuan mengatasi masalah wap, kerosakan disebabkan air dan pembentukan karat.

Selain itu, sebelum menyimpan kenderaan pastikan menggantikan minyak dan penapisnya. Titiskan juga minyak enjin baru ke silinder untuk memberi lapisan perlindungan. Pastikan mengeringkan semua sistem pendingin untuk mengelakkan karat berlaku pada bahagian itu untuk mencegah masalah akibat cairan penyejuk ataupun hubungan dengan aluminium.

Jangan sesekali mengeringkan penyejuk radiotor. Jika usinya sudah melebihi satu setengah tahun, gantikan dengan yang baru.

Minyak brek juga perlu diisi dengan penuh dan sekiranya ia melebihi dua tahun ia boleh merosakkan komponen logam.

Bagi mengelakkan kerosakan pada penyerap hentak kenderaan tual kempat-kempat rodanya untuk merehatkan tayar, bearing dan komponen penyerap hentak yang lain.

Selimutkan kereta dengan kain, jangan lupa membuka sedikit cermin tingkap untuk memberikan ruang udara keluar masuk. Berdasarkan maklumat berkenaan ia membantu untuk mengatasi masalah terhadap kenderaan apabila ditinggalkan untuk suatu tempoh yang lama.


Jika anda ada perniagaan dan produk Muslim yang hendak admin viralkan secara PERCUMA sila WhatsApp kami >Klik Disini<
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sila viralkan artikel di atas dengan klik button share WhatsApp, Facebook, Twitter dan lain-lainnya dibawah ini

No comments

Powered by Blogger.