Tips beli rumah melalui ejen hartanah


  1. Pastikan anda melawat dahulu rumah yang ingin dibeli dan diperiksa keadaannya dari segala kerosakan. Sekiranya ada kerosakan besar, dapatkan pengesahan daripada ejen bahawa penjual akan memperbaiki kerosakan tersebut sebelum penyerahan milikan.
  2. Setelah mencapai persetujuan, ejen akan meminta anda membuat pembayaran "earnest deposit" (wang tanda janji) berserta menandatangai dokumen yang dipanggil Surat Tawaran Membeli/Letter of Offer To Purchase. Ketika ini anda perlu bertegas dengan ejen agar "earnest deposit" anda perlu dikembalikan jika permohonan pinjaman perumahan anda tidak lulus.
  3. Pada peringkat ini, anda boleh menggunakan Surat Tawaran Membeli ini untuk memohon pinjaman bank.
  4. Setelah pinjaman diluluskan, anda perlu melantik peguam untuk menyediakan Perjanjian Jual Beli (S&P). Adalah diingatkan pelantikan peguam adalah hak mutlak anda.
  5. Setelah S&P telah siap disediakan oleh peguam yang dilantik, penjual dan pembeli akan menandatangani S&P ini. Anda sebagai pembeli perlu membayar baki 7% sebagai baki wang deposit 10% kepada penjual.
  6. Semua proses kerja S&P akan dilakukan oleh peguam namun anda dinasihatkan supaya sentiasa mengikuti perkembangannya supaya keseluruhan harga jualan dapat dijelaskan kepada penjual dalam tempoh yang ditetapkan.
  7. Setelah selesai kesemuanya, peguam akan menyerahkan baki harga jualan 90% kepada penjual dan dalam masa yang sama, pejual perlu menyerahkan kunci kepada peguam. Setelah itu, kunci pula akan diserahkan kepada pembeli.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Artikel ini

No comments

Powered by Blogger.