Tidur sesudah solat sunat subuh


Kepada anda yang ingin mendapatkan senarai produk keluaran Muslim sila >Klik Disini<




Salam ustaz, saya pernah melihat seorang yang agak tinggi ilmu agamanya seringkali berbaring sekejap selepas mengerjakan solat sunat sebelum subuh. Beliau akan bangun apabila dilaungkan iqomah dan solat jemaah. Agak berulang-ulang juga saya melihat perbuatannya. Segan untuk bertanya beliau, jadi soalan saya, adakah ada nas perbuatannya itu?

Waalaikumussalam. Ya, perbuatan berbaring sebelum iqomah solat subuh iaitu selepas mengerjakan solat sunat sebelum Subuh ialah perbuatan yang thabit di dalam sunnah Rasulullah SAW. Agak malang, sunnah ini agak tidak masyhur di kalangan masyarakat kita.

Daripada ‘A-isyah R’anha:
"Adalah Rasulullah SAW, apabila selesai solat sunat sebelum Subuh, baginda akan berbaring di atas rusuk kanan baginda." (HR al-Bukhari dan Muslim)

Al-‘Allamah Ibn al-Qayyim RH berkata: “Nabi SAW berbaring di atas rusuk kanan selepas menunaikan solat sunat subuh adalah thabit di dalam dua kitab sahih (al-Bukhari dan Muslim) daripada ‘A-‘isyah R’anha.”

Dikatakan bahawa hikmah berbaring sekejap dan bukannya lena tidur ialah untuk mengingatkan kita bahawa kematian akan menjemput bila-bila masa sahaja. Dan manusia apabila mati hanya akan 'berbaring' sementara sahaja di alam kubur sebelum dipanggil untuk menghadapi hisab di hari kiamat, wallahualam.

Kami kepilkan bersama gambar cara berbaring yang menghampiri kaedah Rasulullah SAW berbaring....


Jika anda ada perniagaan dan produk Muslim yang hendak admin viralkan sila WhatsApp kami >Klik Disini<
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sila viralkan artikel di atas dengan klik button share WhatsApp, Facebook, Twitter dan lain-lainnya dibawah ini

No comments

Powered by Blogger.