Kerjaya sebagai perunding hartanah


Kepada anda yang ingin mendapatkan senarai produk keluaran Muslim sila >Klik Disini<




Perunding hartanah adalah orang yang membantu pemilik hartanah menjual atau membeli hartanah. Mereka juga akan mendapatkan harga yang terbaik serta memastikan harga jualan tidak melebihi harga pasaran terkini.

Terdapat pelbagai jenis hartanah yang memberikan pulangan lumayan kepada perunding hartanah yang terlibat dalam industri. Perunding hartanah mempunyai skop kerja yang tersendiri. Sebagai perunding hartanah kita tidak mepunyai pokok yang sentiasa membayani kita, namun kita mempunyai ketua yang boleh jadi rujukan.

Sebagai perunding hartanah yang berjaya mereka perlu lakukan lapan skop kerja iaitu mencari senarai hartanah, melakukan analisa, buat pemasaran, bawa melihat hartanah, tutup kes, kutip deposit, bantu urusan pinjaman dan peguam dan akhir sekali berurusan dengan agensi untuk komisen.

Perunding atau ejen hartanah satu kerjaya di mana turut terikat dengan akta dan pendapatan perunding itu sendiri yang tentukan. Kita boleh sasar pendapatan ikut apa kita mahukan. Bukan kerja main-main kerana melibatkan transaksi ratusan ribu dan juta. Jadi apa yang penting sebagai perunding adalah dari segi pengurusan masa, penampilan diri dan amanah diberikan.

Sebagai ejen hartanah kita membantu penjual untuk menjual rumah mereka pada harga terbaik, dalam masa sama bantu pembeli, beli rumah impian mereka. Jika itu rumah pertama mereka, maka kita mesti bantu mereka. Kemudian baru fikir mengenai komisen kita. Jika ejen hartanah jadikan duit sebagai matlamat nombor satu, biasanya jarang akan berjaya, kerna duit datang daripada pertolongan.

Cabaran yang sering dihadapi adalah untuk mendapatkan senarai hartanah. Kerana perlu berhubungan dengan masyarakat, mereka tidak boleh malu dan punyai keyakinan rendah. Perlu juga ada ilmu kerana mereka yang gagal jadi perunding apabila malas mencari senarai rumah. Kebanyakkan ejen gagal kerana tidak komunikasi dengan pembeli atau penjual rumah.

Menjadi ejen hartanah tidak semestinya secara sepenuh masa tetapi boleh juga dilakukan secara sambilan. Pertama, mereka perlu cari agensi yang sudi mengambil mereka, dan semak di Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah (LPPEH) sama ada agensi itu berdaftar dengan mereka serta menyediakan khidmat latihan.

Perlu hadiri seminar yang dianjurkan oleh institusi yang telah berdaftar untuk mendapatkan tag perunding hartanah berdaftar. Langkah seterusnya, untuk ejen baharu, mereka mseti ada mentor. Kerana ada antara ejen bahari takut apabila mula ceburkan diri. Jadi dalam agensi selalunya punyai ketua atau mentor yang akan tunjuk ajar.




Jika anda ada perniagaan dan produk Muslim yang hendak admin viralkan sila WhatsApp kami >Klik Disini<
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sila viralkan artikel di atas dengan klik button share WhatsApp, Facebook, Twitter dan lain-lainnya dibawah ini

No comments

Powered by Blogger.