Perkara penting berkenaan tempoh pinjaman perumahan

توليسله اڤ يڠ كاو ليهت، چاتتله اڤ يڠ كاو فيكيركن، بيار مريك ايت تاهو بهاوا ملايو ايت بوكن سمواڽ بوليه دڤربودوهكن. كيت اومت ملايو بڠسا يڠ بردولت، اڬام اسلام منجاديكن كيت هيدوڤ برمرواه، برجواڠله ممباڠونكن بڠسا، منڬقكن اڬام دان ممڤرتاهنكن نڬارا. ايڠتله ڤسانكو اين، بيار ڤوتيه تولڠ، جاڠن ڤوتيه مات




Tempoh pinjaman perumahan tidak akan bertambah daripada perjanjian pembiayaan sekiranya peminjam sambil tahu akan perkembangan pinjamannya.

Sememangnya banyak berlaku kepada peminjam apabila mereka tidak mengetahui tempoh pembiayaan perumahan menjadi lebih lama kesan daripada perubahan faedah semasa.

Masalah orang ramai, bila ditanya mengenai pinjaman mereka, ramai anggap apabila mereka bayar seperti perjanjian dengan bank setiap bulan, sampai 30 tahun tempoh akan habis pembiayaan mereka.

Namun peminjam perlu tahu dengan perubahan kadar faedah jika diumumkan oleh Gabenor Bank Negara sebenarnya menjejaskan kadar bayaran pinjaman mereka.

Peminjam perlu ambil tahu setiap pengumuman kadar faedah baharu kerana bayaran ansuran bulanan pinjaman mereka pasti berubah.

Sekiranya bank meminta peminjam untuk mengemaskini kadar ansuran bulanan mereka, peminjam perlu melakukannya.

Jika tidak, akan memberi kesan kepada tempoh pinjaman dimana boleh jadi bertambah beberapa tahun daripada tempoh asal pinjaman.

Peminjam perlu sentiasa mengemaskini dengan pihak bank mengenai pembiayaan mereka bagi mengelak mengalami kerugian di masa hadapan.

Contohnya ketika Bank Negara umum mulai hari ini faedah naik daripada 6.68 peratus kepada 7 peratus, naik tidak banyak hanya 1.05 peratus sahaja tetapi kesannya, akan jadi kita punyai tempoh pinjaman daripada 30 tahun kepada 32 tahun apabila bayaran bulanan masih sama dibayar.

Sebenarnya dengan perubahan itu, bank akan hantar surat untuk peminjam membayar lebih sedikit ansuran bulanan mereka kesan kenaikan faedah agar tempoh bayaran 30 tahun dapat diselesaikan.

- Aziz Ahmad, Pengasas Hartanahguru.com (Sinar Harian 13 Jun 2016)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Cerita ini klik button di bawah
Powered by Blogger.