Beli rumah dengan wang KWSP

توليسله اڤ يڠ كاو ليهت، چاتتله اڤ يڠ كاو فيكيركن، بيار مريك ايت تاهو بهاوا ملايو ايت بوكن سمواڽ بوليه دڤربودوهكن. كيت اومت ملايو بڠسا يڠ بردولت، اڬام اسلام منجاديكن كيت هيدوڤ برمرواه، برجواڠله ممباڠونكن بڠسا، منڬقكن اڬام دان ممڤرتاهنكن نڬارا. ايڠتله ڤسانكو اين، بيار ڤوتيه تولڠ، جاڠن ڤوتيه مات




  • Anda boleh mengeluarkan simpanan Akaun II sahaja untuk membiayai pembelian sebuah rumah secara individu atau secara bersama dengan ahli keluarga terdekat.
  • Pengeluaran daripada Akaun II anda boleh dijadikan "downpayment" untuk pembelian rumah daripada pemaju ataupun individu. Bukan itu saja, anda juga boleh mengeluarkan wang KWSP untuk pembelian rumah lelong.
  • Selain itu, KWSP juga boleh dikeluarkan untuk membayar bil guaman dan pengurusan pemindahan hak milik.
  • Anda harus memastikan dahulu baki Akaun II anda. Matlamat sebenar untuk mengeluarkan wang KWSP adalah untuk membayar baki belian rumah. Sekiranya tidak mencukupi, anda perlu tambah pembayaran sendiri.
  • Pencarum boleh memohon untuk mengeluarkan wang KWSP untuk membayar baki pinjaman sekali pada setiap tiga tahun.
  • Selain itu, setiap pencarum yang memiliki pinjaman perumahan boleh mengeluarkan wang di dalam Akaun II untuk tujuan bayaran bulanan baki pinjaman perumahan. Had pengeluaran minima bulanan yang dibenarkan ialah RM100.
Siapa yang tidak layak?

  • Membeli tanah atau lot tapak banglo.
  • Mengubahsuai, membaiki rumah yang sedia ada.
  • Pemilikan harta tidak melalui transaksi jual beli.
  • Mengambil pinjaman overdraf.
  • Membeli rumah ketiga
  • Membeli rumah di luar negara.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Cerita ini klik button di bawah
Powered by Blogger.