Rahsia Allah disebalik tempoh 30 bulan menyusukan bayi


Usia paling awal seorang bayi boleh melahirkan dengan selamat adalah enam bulan. Namun kelangsungan hayatnya bergantung kepada bantuan teknologi. Biasanya negara maju yang memiliki teknologi mencukupi mampu menyelamatkannya namun bagi negara mundur, peluang untuk si bayi terus hidup agak tipis.



Saya pasti teringatkan kata-kata sahabat saya seorang doktor pakar di sebuah hospital swasta ini setiap kali membaca firman Allah:

Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada ibu bapanya; ibunya telah mengandungkannya dengan susah payah dan telah melahirkannya dengan susah payah. Sedang tempoh mengandungkannya beserta tempoh menceraikan susunya ialah dalam 30 bulan." -Surah al-Ahqaf:15

Ini hebatnya al-Quran. Disamping membimbing manusia dalam akidah, hukum-hakamdan akhlak, ia turut mengandungi akta saintifik yang hebat. Ketika Allah menyebut jasa Ibu yang menemouhi waktu sukar mengandung, melahirkan dan menyusukan anaknya. diselitkan fakta tempoh menimum ketika kelahiran iaitu 6 bulan..

Bagaimana tempoh ini dikira?

Ayat tadi menyebut tempoh mengandung dan menyusukan anak adalah 30 bulan. Dalam ayat lain pula, disebut tempoh susuan bayi secara sempurna adalah selama 2 tahun atau 24 bulan.
Firman Allah:"Para ibu hendaklah menyusukan anak mereka selama dua tahun cukup, iaitu bagi sesiapa yang ingin menyempurnakan tempoh susuan."-Surah al Baqarah:233.

Juga firman Allah:"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan, dan tempoh menceraikan sususnya ialah dalam masa 2 tahun."Surah Luqman:14

Setelah ditolak angka 30 bulan dengan 24 bulan, maka baki bulan kandungan bagi seorang wanita adalah 6 bulan. Maksudnya seseorang bayi sempurna walaupun lahir 6 bulan. Bahkan menurut ilmu feqah, bayi yang lahir 6 bulan selepas perkahsinan dianggap sah taraf dan berbinkan kepada si bapa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Artikel ini

No comments

Powered by Blogger.