Rumah teres vs pangsapuri

Sekiranya anda ada kisah atau apa sahaja yang hendak admin kongsikan ke dalam blog ini, terus WhatsApp admin di 0149678920


Rumah kediaman adalah keperluan asas bagi semua rakyat dinegara ini. Pada satu ketika dulu, kebanyakkan individu boleh memilih sama ada untuk membeli kediaman bertanah (sekurang-kurangnya rumah teres atau rumah bandar atau rumah berkembar ataupun banglo) selain pangsapuri dan kondominium berdasarkan kemampuan relatif.


Bagaimanapun, kini sudah berubah dimana harga bagi rumah teres terutama di lokasi seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru meningkat terlampau tinggi  untuk sektor  populasi terbesar.

Situasi "terdesak" ini dilihat membuka jalan kepada pembangunan kediaman bertingkat seperti pangsapuri, kondominium dan terkini adalah kediaman berkonsepkan pejabat kecil rumah pejabat (soho) yang semakin meningkat diseluruh negara terutama di kawasan bandar raya.

Oleh sebab permintaan yang baik, kadar tempahan untuk pembangunan hartanah seumpama ini adalah baik dimana ia memberi peluang kepada kebanyakkan pemaju mengambil kesempatan daripada industri menguntungkan ini dengan membina lebih banyak pembangunan seumpama ini.

Pembeli kali pertama terutamanya membentuk sebahagaian besar daripada pembeli kepada pembangunan terbabit berdasarkan kemampuan relatif. Selain faktor harga, terdapat beberapa elemen menarik mereka  kepada pembangunan itu seperti melihat ia sebagai peluang memelili rumah sendiri terutama untuk pasangan yang baru berkahwin atau bakal mengambil kira dan memberikan rumah untuk insan tersayang.

Faktor keselamatan juga adalah satu kebimbangan bagi kebanyakkan rakyat Malaysia dan menetap di kawasan berpagar atau melilik pengawal keselamatan sepertikondominium memberikan mereka keyakinan diri bahawa mereka dan keluarga dilindungi.

Tawaran kemudahan seperti kolam renang dan gimnasium dengan memberikan akses percuma kepada fasiliti itu berbanding bayaran agak tinggi jika  menyertai kelab persendirian di luar dilihat turut menjadi elemen penarik . Ibu bapa juga tidak perlu risau keselamatan anak mereka ketika melintas jalan raya atau berada di kawasan umum yang lazimnya terdedah kepada pelbagai bahaya.

Selain itu, banyak peluang untuk berinteraksi dengan penduduk lain dalam pelbagai aktiviti di kawasan terbabit, sekali gus menggalakkan semanagan berkomuniti.

Konsep pembangunan baru SoHo menyediakan satu peluang untuk peniaga kecil dan pekerja bebas beroperasi dari rumah di mana ia adalah satu konsep ideal yang sesuai terutama bagi golongan muda dan berjiwa muda.

Pemaju akan memperkenalkan lebih banyak konsep pembangunan yang menarik dengan mempromosikan nilai eksklusif terhadap projek mereka seperti mewujudkan sky lounge, laluan jalan bertutup, landskap menarik dan lain-lain.

Pembangunan panngsapuri biasanya akan dilakukan di pinggir bandar dengan menyediakan pengangkutan yang lebih baik kepda penduduk yang berhampiran stesen LRT misalnya amat dicari dalam usaha mewujudkan satu cara pengangkutan baik untuk pembeli kali pertama yang bukan semua mampu membeli kenderaan sendiri.

Pembangunan laluan MRT di lembah Klang dilihat menarik pembangunan berhampiran stesen MRT kereta api laju yang akan datang dari Lembah Klang ke Singapura juga akan mengubah cara pengangkutan masyarakat di mana perjalanan hanya akan mengambil masa  lebih kurang satu jam pergi  dari Lembah Klang ke Singapura, sekali gus menjadikan projek  di sepanjang laluan itu lebih menarik pada masa depan.

Bagaimanapun, pembangunan hartanah kediaman tinggi juga akan menimbulkan isu keselamatan kanak-kanak yang mungkin terjatuh dari balkoni seperti yang dilaporkan  media sejak kebelakangan ini apabila mereka ditinggalkan sendirian di rumah atau berada dibawah jagaan pembantu ruma, sekali gus mencetus kebimbangan.

Selain itu, caj penyelengaraan yang mahal sentiasa meningkat setiap tahun dan perkhidmatan yang disediakan berpotensi besar tidak sebaiknya seperti kolan renang yang tidak seperti ia baru digunakan atau pengawal yang mungkin curi tulang.

Bagi hartanah jenis tinggi ini, ia kebiasaanya akan terdedah kepada masalah tekanan air rendah dan memrikan kesusahan kepada pennghuni terutama kepada yang berada ditingkat paling tinggi.

Biarpun harga pangsapuri dan kondominium meningkat naik sejak lima tahun kebelangkangan ini, sekiranya orang ramai tidak membeli kediaman pada ketika ini berkemungkinan besar pada masa akan datang mereka tidak mampu membeli hatta pangsapuri yang kecil.




Jika anda ada perniagaan dan produk Muslim yang hendak admin viralkan sila WhatsApp kami >Klik Disini<
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sila viralkan artikel di atas dengan klik button share WhatsApp, Facebook, Twitter dan lain-lainnya dibawah ini

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.