Apakah dia halal untuk kau cintai?

Jika ada cerita yang menarik atau produk perniagaan yang mahu kami viralkan, sila Whatsapp kami di 014-9678920



Kisah seorang teman yang kecewa sampai tahap tertonggeng bila wanita dambaanya kini dimiliki orang. Sukar baginya untuk melupakan si dia, hatinya meronta-ronta ... apakah masih halal untuknya memendam rasa cinta kepada si dia? sedangkankan si dia sudah sah bergelar isteri orang

CINTA KEPADA YANG HALAL , ADALAH HALAL , DAN CINTA KEPADA YANG HARAM , ADALAH HARAM .

 
Cinta yang halal ialah cinta kepada isteri atau suami sendiri.Manakala yang haram ialah mencintai yang bukan hak dan kepunyaan kita iaitu isteri atau suami orang lain.Sesungguhnya perbuatan mencintai isteri atau suami orang lain adalah punca kepada keruntuhan dan kehancuran rumah tangga sesebuah keluarga , dan perbuatan tersebut amat dimurkai oleh Rasulullah saw sebagaimana dalam sebuah hadis :
ليس منا من خبب ( اي فسد ) إمـــرأة على زوجها
Bukan dikalangan kami (umat nabi Muhammad) orang yang merosakkan hubungan seorang isteri dengan suaminya”

(HR Abu Daud : 2175 dan dinilai SAHIH oleh As-Syaikh Al-Albani dalam “Sahih wa dho’if Sunan Abi Daud”)

Sakit, sememangnya pedih dan ngilu tatkala apa yang dihajati tak kesampaian. Mungkin kita mempunyai nawaitu yang murni memuktamadkan agar perhubungan menjadi halal tetapi Allah merancang sebaliknya.

Mungkin si dia bukan yang terbaik bagi kita, anggap sahaja ianya sebahagian daripada ujian yang telah ditetapkan untuk kita lalui diperhentian dunia yang sementara ini. Perancangan Allah itu sebenarnya sangat indah sekiranya kau lihat dengan mata batinmu, carilah hikmah disebaliknya dengan sabar dan solat.

Perbanyakkan istighfar, moga zina hati dijauhkan daripada menganggu akal fikiran.

Allah telah menjanjikan nikmat syurga tak berpenghujung buat sesiapa yang mencari cinta NYA,

Sabarlah teman....innallaha ma'a sobirin (sesungguhnya Allah bersama dengan orang yang sabar)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Artikel ini

No comments

Powered by Blogger.