Perkara penting sebelum membuat pinjaman perumahan

Sila masukkan carian anda dibawah ini untuk mencari produk atau perniagaan Muslim







Terdapat beberapa perkara penting sebelum anda membuat pinjaman perumahan.Ianya perlu diperhalusi terlebih dahulu sebelum anda memuktamadkan pinjaman perumahan anda

Jenis pinjaman

Pertama sekali, pertimbangkan apa yang sesuai untuk anda : Pinjaman Tradisi  berjangka atau Pinjaman Rumah Fleksibel (Pinjaman-Fleksi).

Pinjaman Tradisi Berjangka memerlukan anda membayar jumlah tetap setiap bulan sepanjang tempoh pinjaman rumah anda (contoh, 30 tahun) sementara pinjaman-Fleksibel memberi anda pilihan untuk mengurangkan faedah pada bila-bila masa yang anda mahu (contoh dengan menyimpan lebihan wang ke akaun semasa yang berkaitan. Semakin banyak anda simpan, semakin kurang faedah yang dibayar).

Jika mempunyai corak aliran wang yang mudah dijangka dan ketat, pinjaman Tradisi Berjangka mungkin pilihan terbaik. Jika lebih menggemari fleksibiliti dalam pembayaran pinjaman anda, Pinjaman-Fleksibel adalah disarankan.

Kadar faedah

Seperti mana dengan semua pinjaman, keutamaan anda adalah bank yang menawarkan kadar faedah terendah. Merujuk kepada contoh untuk pinjaman rumah sebanyak RM500,000.00 dalam tempoh 30 tahun, perbezaan faedah 4.2 peratus dan 4.15 peratus boleh menjadi lebih daripada RM5,000.00.

Margin pembiayaan

Ia bermaksud berapa banyak anda boleh pinjam. Ini bergantung kepada pelbagai faktor termasuk nilai rumah dan kedudukan anda dengan bank. Setiap bank menawarkan Margin Pembiayaan yang berbeza. Anda diperlukan membayar mana-mana amaun yang tidak termasuk dalam pendahuluan pinjaman rumah, ini adalah amat penting lebih-lebih lagi apabila anda kekurangan wang.

Sebagai contoh, untuk rumah bernilai RM500,000 anda akan memerlukan RM100,000 sebagai pendahuluan jika margin pembiayaan adalah 80 peratus, tetapi hanya perlu membayar RM50,000 sebagai pendahuluan jika margin pembiayaan adalah 90 peratus.

Tempoh berkunci

Tempoh berkunci adalah jangka masa di mana anda akan dikenakan penalti (selalunya 2 hingga 3 peratus daripada jumlah pinjaman), jika memilih untuk membayar penuh pinjaman rumah sebelum ia mencapai tempoh tamatnya.

Apabila memilih pinjaman rumah, ia berbaloi untuk mempunyai Tempoh Berkunci sesingkat yang boleh dan penalti serendah yang boleh.

Sesetengah bank juga tidak mengenakan penalti sama sekali jika notis yang lengkap diberikan. Sebagai permulaan, anda mungkin ingin membuat perbandingan Tempoh Berkunci antara semua bank Malaysia di imoney.

Yuran dan caj

Permohonan pinjaman rumah membabitkan urusan profesional dan proses yang dikawal selia kerajaan seperti persediaan dan pembayaran perjanjian pinjaman, pembayaran duti setem dan pemprosesan oleh bank.

Semua proses ini selalunya disertakan yuran dan caj yang akan ditanggung oleh anda, sebagai pembeli. Dalam kes tertentu, ia juga boleh ditanggung penuh atau separuh oleh bank sebagai sebahagian daripada pinjaman pakej anda.

Oleh itu, lebih baik berjumpa dengan pegawai pinjaman dan minta mereka menerangkan mengenai semua yuran dan caj kepada anda. Ia mungkin satu proses yang berulang dan memakan masa tetapi ia akan menjadi masa yang digunakan dengan sebaiknya.

Bank

Fahami yang anda akan selalu berurusan dengan bank selagi pinjaman rumah masih berjalan (yang mungkin mengambil masa 20 hingga 30 tahun). Dengan itu sebagai peringatan, anda patut memilih bank yang anda selesa berurusan. Sesetengah perkara yang anda mungkin perlu fikirkan :

  1. Adakah mempunyai akaun simpanan atau semasa dengan bank tersebut (untuk kemudahan pemindahan antara akaun)?
  2. Adakah terdapat cawangan tempatan yang berdekatan dengan rumah atau pejabat anda?
  3. Adakah anda rasa bak tersebut boleh dipercayai atau boleh diharapkan?
  4. Adakah bank tersebut menawarkan perkhidmatan tambah nilai wang yang akan memudahkan anda dalam jangka masa panjang?


Jika anda ada perniagaan dan produk Muslim yang hendak admin viralkan secara PERCUMA sila WhatsApp kami >Klik Disini<
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sila viralkan artikel di atas dengan klik button share WhatsApp, Facebook, Twitter dan lain-lainnya dibawah ini

No comments

Powered by Blogger.