Kenal pasti penipuan pelaburan internet

Sila masukkan carian anda dibawah ini untuk mencari produk atau perniagaan Muslim



Ciri-ciri am penipuan skim pelaburan internet sah :

  1. Pemilik skim ini, yang mengaku pakar pelaburan akan mendak syarikat mereka mempunyai "rekod prestasi cemerlang" dan memberikan testimonial daripada "pelanggan" demi meyakinkan pelabur. Mereka juga akan menawarkan pulangan yang lebih tinggi berbanding kadar pasaran dan berjanji bahawa skim tersebut mempunyai risiko rendah atau tiada risiko langsung.
  2. Pemilik skim mempunyai identiti yang pada mulanya nampak seakan-akan benar, tetapi tidak dapat disahkan.
  3. Bila disoal, kebanyakkan pengendali skim pelabulan tidak sah akan berkata bahawa skim pelaburan mereka beroperasi diluar negara dan tidak memerlukan lesen daripada pengawal selia di Malaysia, atau mengaku mereka sudahpun mempunyai lesen yang sepatutnya daripada pihak berkuasa. Malah, ada pengendali skim yang berkeras bahawa aktiviti mereka tidak memerlukan lesen.
  4. Mereka akan menyarankan untuk membeli/menjual saham tertentu dan khidmat nasihat mereka dihantar kepada pelanggan melalui emel atau khidmat pesanan ringkas (SMS) laman web yang dilindungi kata laluan rahsia serta pertemuan peribadi.
  5. Pengendali skim ini juga akan mengiklankan perkhidmatan mereka secara melalui emel secara rawak serta pesanan-pesanan yang ditinggalkan di papan kenyataan dan forum atas talian.
  6. Laman web mereka direka khas untuk menyerupai perniagaan sah dan mungkin dilengkapi dengan harga saham masa nyata (real-time), ulasan pasaran, berita serta pautan ke laman web kewangan yang lain.
  7. Sesetengah laman-laman web ini memberi perkhidmatan percuma seperti tutorial asas pasaran modal, e-biku serta laluan ke bilik bual (chatroom) dan papan buletin.
  8. Mangsa biasanya terpedaya apabila pengendali skim memberikan pulangan yang tinggi pada mulanya dan ini digunakan sebagai taktik untuk menjerat dan merekrut pelabur baru.
  9. Jangka hayat skim pelaburan ini bergantung kepada pengambilan pelabur baru. Dana yang diperolehi daripada pelabur baru akan digunakan untuk membayar dividen kepada pelabur sedia ada. Skim pelaburan ini akan gagal sekiranya tiada pelabur baru.
  10. Akan tetapi, pengendali skim pelaburan tidak sah ini akhirnya akan melarikan diri dengan wang yang dikumpulkan apabila dia berasa suatu yang tidak kena akan terjadi, dan sekalius menyebabkan pelabur mengalami kerugian.



Jika anda ada perniagaan dan produk Muslim yang hendak admin viralkan secara PERCUMA sila WhatsApp kami >Klik Disini<
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sila viralkan artikel di atas dengan klik button share WhatsApp, Facebook, Twitter dan lain-lainnya dibawah ini

No comments

Powered by Blogger.