Kelebihan belajar bidang aeronatik

توليسله اڤ يڠ كاو ليهت، چاتتله اڤ يڠ كاو فيكيركن، بيار مريك ايت تاهو بهاوا ملايو ايت بوكن سمواڽ بوليه دڤربودوهكن. كيت اومت ملايو بڠسا يڠ بردولت، اڬام اسلام منجاديكن كيت هيدوڤ برمرواه، برجواڠله ممباڠونكن بڠسا، منڬقكن اڬام دان ممڤرتاهنكن نڬارا. ايڠتله ڤسانكو اين، بيار ڤوتيه تولڠ، جاڠن ڤوتيه مات





Tahukah anda kejuruteraan bidang aeronatik mampu memberi pulangan lumayan????

Malangnya, tanggapan kesukaran mengikuti apa jua bidang membabitkan kejuruteraan menyebabkan ramai tidak mahu mengikutinya. Industri aeronatik dakui memerlukan modal tinggi, namun ia berkembang pesat di seluruh dunia selain menjadi bidang kerjaya baru.

Mereka yang mempunyai kemahiran, kelayakan dan kelulusan dalam bidang ini sudah tentu dengan mudah menempatkan diri di kalangan majikan. Meskipun masih baru dan kurang dikenali, bidang ini mendapat perhatian dan Malaysia mendokong hasrat untuk muncul peneraju utama dalam bidang pengeluaran komponen pesawat, penyelenggaraan pesawat, avionik serta pembangunan modal insan menjelang 2020.

Peluang pekerjaan pasti terbuka cerah kerana pertumbuhan syarikat penerbangan swasta agak agresif sekali gus memberi lembaran baru kepada graduan membina masa depan.

Ia juga dapat meningkatkan permintaan tenaga mahir secara mendadak. Dalam tempoh 10 tahun, industri penerbangan di Asia Pasifik memerlukan ramai jurutera dan juruteknik penyelenggaraan pesawat terbang.

Justeru, persiapan modal insan terancang seperti aspek pengurusan penerbangan, operator dan penyelenggara pesawat terbang diperlukan bagi memenuhi permintaan berkenaan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Cerita ini klik button di bawah
Powered by Blogger.