Cara periksa Absorber

Jika ada cerita yang menarik atau produk perniagaan yang mahu kami viralkan, sila Whatsapp kami di 014-9678920



Mungkin menjadi tanda tanya sekiranya kereta anda kelihatan senget ke kiri atau kanan sekiranya diletakkan di atas jalan yang mendatar. Keadaan ini biasanya disebabkan kenderaan dibebani secara tidak sama rata, tekanan atau ukuran tayar tidak sama. Bagi memastikan adakah kenderaan benar-benar senget ke satu bahagian, gunakan pita.

Sebelum ukuran, agihkan beban kenderaan sama rata, selain itu pastikan juga tekanan dan ukuran tayar adalah sama. Cara ukuran pula mudah, ukur ketinggian lampu depan dari tanah. Jika ketinggian kiri dan kanan ada perbezaan, pembaikan perlu dilakukan.

Dalam keadaan lain, ketika kenderaan bergerak di jalan rosak dan tidak rata, dirasakan melambung-lambung sehingga menjejaskan keselesaan penumpang. Keadaan ini terjadi disebabkan sama ada tekanan tayar terlalu tinggi atau absorber sudah rosak atau lemah. Apabila tekanan tekanan tayar terlalu tinggi, maka kenderaan akan melambung-lambung hingga penumpang kurang selesa. Biasanya beban lebih berat dapat mengurangkan keadaan melambung-lambung tersebut.

Jika kenderaan terhuyung-hayang ketika memandu, ia mungkin berpunca daripada alat shock absorber. Pemeriksaan boleh dilakukan dengan menekan bamper depan dan belakang setiap satu bucu, kemudian lepaskan. Jika pantulan hanya berlaku sekali atau dua sahaja, boleh dikatakan alat peredam absorber masih dalam keadaan baik. Sebaliknya, jika pantulan itu berlaku untuk tempoh yang lebih lama dan ia mungkin mempunyai masalah.

Selain itu, anda boleh memeriksanya dengan memegang absorber sesudah kenderaan berhenti daripada perjalanan. Jika dingin, ia menunjukkan absorber itu tidak berfungsi, sebaliknya ia akan terasa panas sekiranya dalam keadaan baik.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Artikel ini

No comments

Powered by Blogger.