Abdullah berperang pada usia 12 tahun

Jika anda ada perniagaan dan produk Muslim yang hendak viralkan sila WhatsApp >Klik Disini<

Untuk carian produk Muslim
sila masukkan carian anda di bawah


Abdullah bin Zubair, anak kepada pasangan suami isteri, Asma binti Abu Bakar dan Zubair bin al-Awwam adalah bayi pertama yang dilahirkan selepas umat Islam berhijrah ke Madinah.

Lebih istimewa Abdullah dibawa bertemu Rasulullah untuk ditahniq dan didoakan Baginda SAW sebelum disusukan ibunya.

Cucu kepada Saidina Abu Bakar as Siddiq ini membesar menjadi pemuda yang perkasa dan soleh.

Mengenai dunia perang, seawal usia 12 tahun Abdullah dibawa bapanya menyertai Perang Yarmuk.

Kehebatannya di medan tempur ketika bersama mujahid lain menggempur Afrika membebaskan mereka daripada kesesatan benar-benar menyerlahkan keperwiraan walaupun ketika itu usianya 17 tahun.

Walaupun masih muda, namun kehebatan sistem tarbiyyah Islamiyyah yang melahirkan beliau pemimpin yang menegakkan Islam.

Dalam peperangan itu, tentera musuh seramai 120,000 orang sedangkan tentera Islam hanyalah 20,000 orang. Ketidakseimbangan ini cukup menjadikan tentera Islam menghadapi gelombang musuh yang sangat besar, bagaimanapun tidak sedikit pun menjejaskan semangat untuk terus berjuang menegakkan agama.



Melihatkan keadaan yang agak genting ketika itu, Abdullah mencari rahsia kekuatan lawan. Akhirnya beliau menemui jawapan kekuatan pasukan lawan adalah kehebatan panglima perang mereka, Raja Barbar.

Tanpa menghiraukan kemaraan pasukan musuh, Abdullah berjaya menembusi musuh yang berlapis-lapis menuju ke arah Raja Barbar dan tanpa berlengah, sekuat tenaga beliau melibas badan Raja Barbar dan akhirnya berjaya mengalahkan musuh.

Sebagai orang muda, Abdullah aktif dalam banyak siri peperangan menentang empayar Byzantin dan Sassanid.

Ketika pada zaman Khalifah Usman bin Affan, Abdullah turut menjadi anggota yang membantu tugas menyusun al-Quran.

Bukan hanya hebat di medan perang, Abdullah juga terkenal dengan sifat ketakwaan dan kepatuhannya terhadap Allah.

Pernah sahabat menyaksikan ketika Abdullah solat, tubuhnya umpama pokok yang tidak bergoyang kerana terlalu khusyuk dalam solat.

Yahya bin Wahab juga bercita bahwa ketika Abdullah sujud, banyak burung kecil hinggap di belakangnya kerana menyangkakan ia dinding yang kukuh.

Pemimpin yang tegas ini wafat pada usia 72 tahun apabila dibunuh oleh Hajjaj bin Yusuf.




Jika anda ada perniagaan dan produk Muslim yang hendak viralkan sila WhatsApp >Klik Disini<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.